berita

Koleksi Baju Raya Rekaan Hatta Dolmat, Urban Habis!

July 4th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

LADY SEQUINKalau diperhatikan sekarang ini ramai dah mula menempah baju untuk Hari Raya yang bakal menjelma nanti. Namun ada juga yang risau kerana banyak kedai jahit telah menutup tempahan. Sudah terlambat, katanya.

Namun bagi yang belum berkesempatan mencari baju raya, inilah masanya untuk melihat koleksi pakaian yang direka khas bersempena Aidilfitri oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Tahun ini, Hatta menampilkan empat koleksi yang cukup menawan hati melalui rekaan ekslusif Lady Brocade, Lady Lace, Lady Sequin dan Lady Galaxy.

Setiap rekaan menyerlahkan personaliti pemakai yang tersendiri. Sebagai contoh, Lady Brocade membuatkan si gadis nampak berkeyakinan dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Manakala Lady Lace pula menyuntik semangat elegan dan mewah di hari yang mulia nanti. Bagi yang menggemari imej lebih jelita dan glamor, anda boleh mencuba busana dari koleksi Lady Sequin yang cantik-cantik belaka.

Dan paling menarik sekali, Lady Galaxy memberikan kelainan dengan sematan unsur pelik namun masih kekal unik dan bergaya. Dari amatan OHBULAN!, koleksi ini amat sesuai untuk gadis remaja yang lasak dan gemarkan cabaran.

Pastinya ramai yang teruja untuk mendapatkan koleksi raya ini, kan? Untuk pengetahuan semua, anda boleh dapatkan produk ini di CY@M Ballroom, Sheraton Imperial KL pada 6 & 7 Julai 2013 jam 10 pagi hingga 10 malam.

Tidak ketinggalan, keesokan harinya iaitu 8 Julai 2013 akan bermulanya jualan koleksi pakaian raya Hatta Dolmat di Zalora dan butik First Lady yang terpilih.

Jangan lepaskan peluang anda untuk meraikan Aidilfitri tahun ini secara eksklusif dengan busana yang cukup mewah dan elegan dari Hatta Dolmat.

Disertakan juga beberapa foto koleksi pakaian raya 2013 di bawah untuk tontonan anda. Mesti ramai yang tertarik dengan rekaannya yang cantik dan luarbiasa.

SKIP THIS AD ×