berita

Koleksi Foto Anak Bienda Bak Bidadari Kayangan

November 12th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

babybienda-2-630x575

Pejam celik pejam celik, dah nak sampai hujung tahun. Kalau korang perasan, sepanjang tahun ini saja, industri hiburan tanah air diwarnai dengan dengan kehadiran bayi-bayi comel pasangan selebriti terkenal tau!

Bila buka sahaja akaun Instagram kami, penuh dengan foto-foto baby yang sememangnya menceriakan dan mendamaikan hari-hari yang penuh dengan cabaran ni.

Namun, mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa akhir bulan lalu, penyanyi Bienda sudah pun selamat melahirkan cahaya mata kedua. Dah siap buat photoshoot anak lagi.

babybienda-1

Geram sungguh kami lihat anak Bienda ni. Bak bidadari kayangan yang terbang bersama belon-belon hati hingga masuk ke dalam mimpi. Ewah puitis sungguh kata-kata kami kan?

Rasanya tak melampau jika kami katakan wajah Laxiendra Namiraz ini secantik dan jelita seperti ibunya. Berseri-seri gitew!

Kalau korang nak tahu, Bienda menggunakan khidmat jurugambar professional The Photolicious untuk merakamkan saat-saat indah si comel ini.

Fuh! Memang kagum kami melihatnya. Buat pembaca setia OHBULAN! nah kami kongsikan koleksi foto-foto keluarga Bienda dan orang baru yang sempat kami ambil. Enjoice!

SKIP THIS AD ×