berita

Konsert Jelajah Jason Mraz Di Malaysia Jun 2012, Yay!

May 10th, 2012 | by M
Kini Trending

Penantian sekian lama peminat Jason Mraz terjawab jua apabila sebuah konsert untuk jelajah album terbarunya, “Tour Is A Four Letter Word” akan diadakan pada 19 Jun 2012 bermula pukul 8:30 malam di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Penyanyi yang popular dengan lagu I’m Yours ini muncul di Malaysia pada tahun 2009 semasa jelajah konsert untuk album terdahulu.

Mix FM telah dilantik sebagai radio rasmi dengan didokong oleh rangkaian radio steten yang lain seperti Hitz FM, ERA dan My FM. Pendengar berpeluang untuk memenangi tiket konsert serta pertemuan eksklusif bersama penyanyi antarabangsa itu dalam sesi ‘meet and greet’. Selain itu, sebuah sesi interview bersama Jason Mraz akan diadakan melalui telefon dan diumumkan sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada pihak di Amerika Syarikat.

Peluang menangi pas backstage

8 pembeli tiket bertuah berpeluang mendapatkan pas backstage dan menemui Jason Mraz mengikut urutan pembelian seperti berikut, 200, 400, 800, 1000, 1200, 1400, dan 1600. Tiket telah mula dijual melalui AirAsiaRedTix mulai hari ini dengan harga permulaan Arena : RM345, RM295, RM185, RM95 (numbered seating); Terrace : RM235, RM75 (free seating).

Konsert Jason Mraz ini diadakan oleh Scenique Concerts & Events Sdn Bhd dan Live Limited, dengan kerjasama bersama syarikat label muzik, Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×