berita

Konsert ”Zikir Terapi” Hafiz Hamidun Berlangsung 14 November Ini

November 12th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Setakat ini album ‘Zikir Terapi Diri’ Hafiz Hamidun terbitan Arteffects International, telah mencatatkan jualan fizikal hampir 80 ribu unit dan ia kekal berada di carta teratas iTunes Malaysia dan Asia.

Sehubungan dengan itu, pihak penerbit telah bersedia untuk membawakan album tersebut ke skala yang lebih besar iaitu ke ‘Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun’ pada 14 November ini bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Konsert ini diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 1434H.

Menerusi konsert tersebut, Hafiz bakal menyampaikan 12 buah zikir terapi dan kesemua zikir tersebut akan dijadikan sebagai elemen utama konsert.

Bagi individu yang berminat untuk menyaksikan konsert ini, anda boleh dapatkannya dengan harga RM125, RM100, RM75 dan RM50.

Tiket boleh dibeli secara online menerusi www.airasiaredtix.com atau hubungi talian 012-225 1297. 

Sebarang maklumat lanjut mengenai penempahan tiket, penajaan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak penganjur, Arteffects International di alamat emel [email protected] atau hubungi talian 012-2251297 / 03-7727 1297. Maklumat tentang konsert juga boleh diikuti melalui laman Twitter@hafizhamidun dan www.arteffects.com.my

SKIP THIS AD ×