berita

Kontroversi Sharnaaz Ahmad & Lisdawati Belum Selesai, Fauzi Nawawi Tunggu Surat Saman

April 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sharnaaz vs lisda

Masih ingat kontroversi yang melanda pelakon Sharnaaz Ahmad dengan Fauzi Nawawi dan isterinya, Lisdawati? Nampaknya, perkara ini kembali diperkatakan setelah sekian lama ia menyepi.

Artikel Berkaitan: Video : Dipanggil Anjing Kurap, Sharnaaz Mahu Lisdawati & Fauzi Minta Maaf

Baru-baru ini, melalui sebuah portal hiburan, Sharnaaz ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia ingin bersemuka dengan pasangan suami isteri itu bagi menyelesaikan pertelingkahan mereka selepas Lisdawati bersalin.

Terkini, menerusi Malaysian Digest, Fauzi nampaknya masih kecewa dengan sikap Sharnaaz yang mengeluarkan kenyataan bahawa Fauzi menghina ibu bapanya.

Launching-HITHAM-with-fashion-designer-176Fauzi sedia bersemuka

Kenyataan dia itu tak berasas. Saya dah berusia 41 tahun. Saya seorang bapa, anak saya dah nak masuk 7 orang. Saya tidaklah sampai tak berakal nak libatkan keluarga dia.

Dalam sebuah program hiburan, dia kata saya maki ibu bapa dia. Kalau betul saya maki ibu bapa dia, kenapa dia tak siarkan kata-kata makian itu sebaliknya dia siarkan mesej saya yang lain.

Sebetulnya saya hanya berkata, “kalau gua maki mak lu, macam mana?” Takkan saya nak cakap, “kalau gua maki bini lu, macam mana?” Sebab dia belum kahwin.

Fauzi berkata, dia tidak mahu mengambil apa-apa tindakan sebaliknya hanya menunggu surat saman daripada Sharnaaz sepertimana yang telah dinyatakan oleh pelakon itu sebelum ini.

Bagaimanapun Fauzi bersedia untuk bersemuka sekiranya aktor kelahiran Pulau Pinang itu ingin menyelesaikan perkara ini secara baik.

Sebelum ini, pelakon Lisdawati ada mengeluarkan kenyataan bahawa Sharnaaz tidak perlu menunggu hingga dia bersalin untuk meminta maaf.

Nampaknya, perkara ini masih lagi berlarutan, apa penyelesaiannya, sama-sama kita nantikan. Apapun, kami harap mereka dapat selesaikan isu ini dengan aman.

SKIP THIS AD ×