berita

Kontroversi Shila Amzah Belum Reda, Kes Hutang ND Lala Pula Timbul

September 23rd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ND-Lala-Akan-Cuba-Selesaikan-Konflik-Shila-Amzah-Dengan-Media-Tempatan-ROTIKAYA-700x487

Tak reda lagi kontroversi yang melanda pelantun lagu ‘Patah Seribu’ iaitu Shila Amzah, nampaknya bapanya ND Lala turut terkena tempias yang sama.

Artikel Berkaitan :

Semuanya gara-gara wang RM15,000 yang dipinjam melalui seorang kenalan kira-kira beberapa lalu. Eh, berita apa pula kali ni kan? Haa, baca dulu. Ini bukan fitnah tau. Hehe.

Pejabat-Den-Wahab-Dirompak

Kalau korang nak tahu, ND Lala pernah meminjam sejumlah wang tersebut daripada rakannya yang juga seorang pelakon iaitu Den Wahab.

Kata Den, ND Lala meminjam wang tersebut untuk merakam lagu sebuah parti politik, namun hingga hari ini, bapa kepada Shila Amzah itu tak pernah menghubunginya walaupun dah berjanji nak pulangkan secara ansuran.

nd lalaKeratan Akhbar tahun 2012 (Foto dari Google)

Ish ish ish, biar betul. Hmm, kalau korang masih tak percaya cakap kami mengenai isu ini, nah baca sendiri pengakuan Den :

Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan.

Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji. Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya.

Dalam pada itu, Den tidak terkejut dengan tindakan Shila mengecam media, namun dia turut memberi nasihat atas kontroversi yang melanda Shila.

Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.

Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah

Hmm, kami harap akan ada penjelasan dari ND Lala lepas ini. Iyalah, lepas satu-satu kemelut yang melanda anak beranak ni. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan dua beranak ni.

Sumber : mStar Online

Kredit Foto : Instagram Shila Amzah & ND Lala

SKIP THIS AD ×