berita

Kopi Mampu Merawat Selulit

July 17th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Kebanyakan wanita berisiko memiliki selulit di bahagian peha, pinggul dan perut. Pada dasarnya, selulit merupakan gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit, dan sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit sehingga menyebabkan tekstur kulit menjadi seperti menggerutu.

Secara umumnya, menghilangkan selulit merupakan satu perkara yang mustahil. Akan tetapi selulit dapat dikurangkan dengan mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat seperti beriadah, banyak minum air kosong dan kurangkan pengambilan makanan berlemak.

Tahukah anda, kopi juga merupakan salah satu penawar untuk mengurangkan pembentukan selulit di bahagian badan. Ini kerana, kandungan kafein pada kopi dikatakan mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan yang paling penting adalah ia mampu mengurangkan timbunan lemak pada badan.

Berikut merupakan cara-cara untuk merawat selulit menggunakan serbuk kopi :
  1. Pertama sekali sediakan bahan-bahan seperti serbuk kopi, garam laut dan minyak urut.
  2. Campurkan kesemua bahan tersebut dalam satu bekas dan kacau sampai sebati.
  3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh. Sambil itu, urut secara lembut tubuh anda terutamanya pada bahagian yang ada selulit.
  4. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam.

Untuk hasil yang lebih efektif, anda hendaklah mengamalkan cara ini dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba!

Sumber :Petua Sejagat

SKIP THIS AD ×