berita

Korang Nak Skodeng Kehidupan Peribadi Neelofa Tak? Jom #followlofa! 

May 5th, 2017 | by Nurul
Kini Trending

SR_SocialMedia_2_BM

Sekarang ni kalau cakap pasal Neelofa, satu Malaysia kenal. Siapa yang tak kenal Neelofa. Aktres, usahawan, pengacara TV, model, duta iklan yang berasal dari Kelantan ni memang dah jadi idola ramai. Pengikut dekat Instagram saja pun dah 4.5 juta. Boleh buat satu negeri dah tu. LOL!

Boleh kata, kalau bukak tv tu, mesti akan ada muka si Neelofa ni haa. Dah la muda, cantik, berjaya pulak tu. Pakej lengkap betul.

Tapi di sebalik semua tu, Neelofa jugak tak ketinggalan dikaitkan dengan gosip-gosip dan kecaman. Sekarang ni pulak, tak habis-habis kita dengar tentang isu LoFattah la, fesyen Neelofa yang tak kena la, macam-macam isu.

Ramai yang tertanya-tanya tapi Neelofa ni bukanlah seorang yang suka berkongsi hal personalnya. Tapi, baru-baru ni dengar cerita Neelofa akan mendedahkan kisah peribadinya kepada semua orang! Wow..betul ke ni??

So..kalau korang semua nak tahu pasal kisah dan rahsia hidup Neelofa, korang kenalah tonton program realiti terbaru dari hurr.tv iaitu #followlofa ni! Kalau nak tahu banyak lagi, jom baca ni..

[Episode 1] Apa status sebenar LoFattah ni? Kenapa Fattah macam nak larikan diri je?? 

215561f171f921d92567987d6ca85563

Haa..untuk peminat LoFattah, korang jangan terlepas untuk menonton episode ni sebab khabarnya, Neelofa dan Fattah ada umumkan sesuatu berkenaan hubungan diorang di majlis ramah mesra peminat LoFattah!

Apa lah agaknya status diorang eh. Betul ke tengah in a relationship ataupun hanya sekadar kawan? Hmm..kalau nak tahu, korang wajib tonton episode ni okay!

Dalam majlis ramah mesra peminat ni jugak ada drama yang berlaku antara Neelofa dan Fattah. Khabarnya Fattah macam mengelak untuk berjumpa dengan Neelofa. Haih..kenapa pulak tu?

[Episode 2] Berlakon pandai, mengacara bagus, berbisnes pun hebat..tapi mengaji lagi handal. Salute lah Neelofa!

mqdefault

Neelofa ni serba serbi pandai tau. Bukan sahaja handal berbisnes, mengaji pun pandai.

Dalam episode 2 #followlofa ni, akan memaparkan kisah harian Neelofa tidak terkecuali kelas Al-Quran yang diikutinya. So..korang kalau nak dengar Neelofa mengaji Al-Quran, tunggu episode 2 ni okay.

Merdunya suara dia mengalunkan bacaan Al-Quran. Boleh bergetar tulang rusuk lelaki-lelaki di luar sana. Hehe!

Pada episode ini juga, Neelofa ada mengacarakan program mingguan MeleTOP. Tapi khabarnya, minggu ini MeleTOP tak sama macam minggu-mingu yang lain. Kenapa ye?

[Episode 3] Siapa Lady Lofa? Kenapa Neelofa stress sangat dengan Lady Lofa ni? 

image

Kalau korang nak tahu, Lady Lofa ini adalah koleksi tudung terbaru dari Naelofar Hijab. Memang cantik-cantik sangat semua tudung dari koleksi ni.

Penggemar Naelofar Hijab mesti tak sabar kan nak tahu tentang Lady Lofa ni. Haa..dalam episode ini akan memaparkan hari pelancaran koleksi Lady Lofa ni. Dengarnya, pelancaran Lady Lofa ni akan diadakan pada acara besar tahunan Naelofar.

Ooo..sebab tulah yang Neelofa dengan team dia busy sangat tu.

Masa hari pelancaran ini juga dengarnya Neelofa diserbu oleh pihak media yang bertanyakan tentang kisah peribadinya. Nak tahu Neelofa jawab apa, jangan lupa tengok episode ni tau.

Neelofa jadi model dan kongsi pengalamannya dalam wedding terbesar tahun ini?? Semuanya akan terjawab di episode 4, 5 dan 6.

faa55a498e4b8362a3bab94846733976

Dalam episode seterusnya, Neelofa akan mendedahkan kisah hidupnya yang lebih ekslusif khas untuk peminat-peminatnya. Neelofa juga akan berkongsi tentang perkahwinan terbesar dalam hidupnya. Eh..siapa yang kahwin?

Bukan selalu tau Neelofa nak kongsi kehidupan personalnya.  So..korang kena terus menonton #followlofa untuk mengetahui cerita selanjutnya mengenai artis kesayangan korang ni.

Fashion Valet nak bagi discount dan baju free sama macam Lofa? Jangan lupa tonton semua episode #followlofa tau! Wow..seriuslah??

SR_Banner_BM

Sebagai partner dalam siri #followlofa,Fashion Valet akan menggayakan Neelofa di setiap episod. Ini bermakna, korang pun boleh dapat koleksi baju yang sama macam Neelofa! Wow!

Haa..kalau nak tahu macam mana nak dapatkan, korang kenalah tonton dan tunggu semua episode setiap minggu sebab, pada setiap episode akan dipaparkan discount code bernilai RM50 untuk setiap pembelian di Fashion Valet. Takkan korang taknak kot!

Yang lagi best, korang juga berpeluang untuk memenangi tiga pasang baju yang dipakai oleh Neelofa dalam #followlofa ni tau. Semuanya dari Fashion Valet! OMG! Apa yang korang kena buat adalah sertai contest mingguan #followlofa dan siapa tahu korang adalah yang bertuah untuk memenangi baju dari Fashion Valet kan.

Kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh klik saja pada laman web Fashion Valet ni,

Jom ramai-ramai #followlofa sekarang!

SR_SocialMedia_BM

Untuk pengetahuan korang, #followlofa ni adalah siri realiti web Showreal terbaru yang dilancarkan oleh hurr.tv di mana ia  menayangkan realiti kehidupan selebriti dan Neelofa merupakan artis pertama untuk siri ini.

Inilah peluang untuk korang sebagai peminat melihat diri sebenar mereka, mana tahu lepas ni ramai lagi artis pujaan korang yang ditampilkan dalam siri realiti ni.

So, korang jangan lupa tonton ShowReal #followlofa setiap Rabu, jam 6 petang okay!

Kalau korang nak tahu lebih lagi pasal #followlofa ni, korang boleh layari www.hurr.tv atau ikuti mereka di Facebook, Instagram & Twitter.

 

SKIP THIS AD ×