berita

“Korang Telah Menyebabkan Anak Buah Aku Jadi Yatim Piatu..” – Luahan Keluarga Mangsa Lumba Familia Myvi Club

May 2nd, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

myvi

Satu kemalangan yang menyebabkan tiga maut berlaku di Lebuhraya DUKE menghala ke arah Damansara kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Kejadian berlaku apabila enam buah Perodua Myvi berlumba di atas jalan raya tersebut dan kemudiannya salah sebuah daripadanya melanggar sebuah Pajero. – Astro Awani

Pasangan Suami Isteri Meninggal Di Tempat Kejadian

Screen Shot 2015-05-02 at 2.29.37 PM

Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan berlaku apabila Pajero dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri. – Harian Metro

Pemandu & Penumpang Tercampak di Atas Jalan Raya

Screen Shot 2015-05-02 at 2.29.14 PM

“Akibatnya, Pajero itu berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.

Pemandu Myvi di lorong kiri tidak cedera, manakala satu lagi pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL.”

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957. – Harian Metro

Facebook Page Familia Myvi Club Diserang

Screen Shot 2015-05-02 at 2.29.54 PM

Susulan itu, orang ramai yang berang dengan kemalangan maut itu telah ‘menyerang’ laman facebook rasmi kumpulan tersebut dan mendesak pemandu-pemandu yang terlibat supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.

myvi 2

“Korang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu…”

Screen Shot 2015-05-02 at 2.33.50 PM

Namun, apa yang paling menyayat hati apabila salah seorang keluarga mangsa turut memberi komen di laman facebook berkenaan.

Screen Shot 2015-05-02 at 2.05.44 PM

Kami berharap agar mereka yang bertanggungjawab segera menyerahkan diri kepada pihak berkuasa. Berani kerana benar, takut kerana salah.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×