berita

Korang Wajib Tonton Iklan Cafe Nasty & Dowan Kopi Tarik Yang Pelik & Misteri Ini! #macamkopitapicopy #kopicat

August 25th, 2016 | by Noraniza
Kini Trending

dowan coffee 2

Kedua-dua ini merupakan produk baru, masih belum dikeluarkan secara rasmi lagi tapi khabarnya Cafe Nasty Kopi Tarik dan Dowan Kopi Tarik ni sudah melancarkan ‘peperangan kopi’.

Cuma, yang kami hairannya apabila melihat iklan pengenalan kedua-dua produk yang memang pelik gila! Misteri pun ada juga sebabnya kami rasa Cafe Nasty Kopi Tarik dan Dowan Kopi Tarik ini #macamkopitapicopy #kopicat. Tak percaya? Tengok sendiri!

Iklan Cafe Nasty Kopi Tarik yang misteri….

Betulkan apa yang kami cakap tadi? Iklan pengenalan pun dah cukup pelik dan misteri. Tapi, bagi kami iklan pengenalan yang macam ni agak tak berapa bagus lah sebab ada ke patut boleh berbangga nak tiru produk orang lain.

Malah, khabarnya pemilik Cafe Nasty Kopi Tarik ni suka curi resepi rahsia orang lain untuk menghasilkan minumannya. Ish… Makin dahsyat dunia sekarang ni kan.

Disebabkan kepelikan itu, Jihan Muse pun ada buat parodi Cafe Nasty Kopi Tarik ni. Kelakar gila!

Siap ada parodi bagai…

Kalau korang tgk video ni mesti gelak guling punya. Mana taknya lepas tgk je iklan kopi tarik nasty cafe tu terus idea kluar mencurah curah nk buat parodi ni…hahaha Korang nak tgk video iklan tu takhttps://www.facebook.com/cafenasty/?fref=ts #macamkopitapicopy #kopicat

Posted by JIHAN MUSE on 24hb Ogos 2016

Pecah perut kami bila tengok parodi ni. Memang tak pernah tak kelakar. Siap ada meeting untuk mengeluarkan produk Cafe Nasty Kopi Tarik tu!

Dowan Kopi Tarik pula sentiasa jadi nombor 2!

Ya! Sungguh kami tak tipu, Dowan Kopi Tarik ini dibru khas untuk menjadi nombor kedua terbaik oleh pemiliknya, Encik Tu. Buat pengetahuan korang, Encik Tu memilih sendiri biji kopi kedua terbaik di dunia.

Semua ini semata-mata kerana mahu mencapai impian sepanjang hayat beliau untuk melancarkan Kopi Tarik kedua dalam tin. Peliknya Encik Tu ni kan?

Mana taknya, sebab kebiasaannya mesti semua orang nak jadi nombor satu, tapi Dowan Kopi Tarik pula berbangga untuk jadi yang nombor dua.

Siapa tiru siapa?

Lepas tengok kedua-dua iklan pengenalan yang pelik dan misteri ni, sesungguhnya kami tak sabar untuk menjadi antara orang pertama untuk rasa keenakan dan keunikan Cafe Nasty Kopi Tarik dan Dowan Kopi Tarik.

Jadi, untuk korang yang nak tahu maklumat lanjut , korang klik je di :

Laman Facebook Dowan Kopi Tarik @  laman sesawang Dowan Kopi Tarik

Laman Facebook Cafe Nasty Kopi Tarik @ laman sesawang Cafe Nasty Kopi Tarik

Tapi, korang rasa Cafe Nasty Kopi Tarik dan Dowan Kopi Tarik ni sebenarnya tiru produk mana eh? Dan jika Dowan Kopi Tarik ini adalah produk nombor kedua terbaik, produk mana pula yang bertakhta sebagai produk Kopi Tarik yang nombor satu? Ada idea?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×