berita

Kristen Stewart Mengadu Filem Twilight Semakin Pelik

June 14th, 2012 | by M
Filem Antarabangsa

Kristen Stewart sebagai Bella mengadu bahawa filem Twilight : Breaking Dawn Part 2 semakin pelik dengan plot cerita yang semakin bercelaru.

“Filem ini semakin aneh, pelik sangat. Berkemungkinan ini adalah plot cerita yang paling mengelirukan bagi kesinambungan akhir filem ini. Jacob Black sering bersaing dengan Edward Cullen bagi merebut cinta Bella. Dan bayangkan Jacob Black akan hubungan istimewa dengan anak kepada Edward Cullen & Bella,” selorohnya sambil menyatakan scoop mengenai filem ini.

Dalam kisah berlainan pula, Kristen Stewart berubah 360 darjah daripada penampilan tomboy kepada wanita seksi untuk majalah Vanity Fair edisi Julai 2012. Susuk tubuh menarik Kristen Stewart dengan pengayaan gaun serta korset sulam mengamitkan memori zaman Victoria pada abad ke-18.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×