berita

Kumpulan Boboi Rasmi Jadi Ahli UMNO!

January 4th, 2012 | by Ai | 1 comments
Kini Trending

Naib juara pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) kumpulan Boboi yang terdiri daripada dua penghibur otai negara, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik kini secara rasminya telah menceburi arena politik arus perdana.

Kedua-dua figura komedi tanahair ini telah secara rasminya menjadi ahli UMNO apabila kedua-duanya secara serentak telah menyerahkan borang keahlian masing-masing kepada setiausaha kerja UMNO Pusat, Datuk Abd Rauf Jusof, di Ibu Pejabat UMNO di PWTC, petang semalam.

“Dengan penyerahan ini, saya menerima dan dengan bangga mengalu-alukan Afdlin Shauki bin Aksan (Afdlin) dan Haron Aminar Rashid bin Salim (Harun) sebagai ahli UMNO cawangan UMNO Dataran Merdeka Bahagian Bukit Bintang”, ujar Datuk Abdul Rauf yang juga merupakan ketua bahagian kawasan tersebut yang dipetik dari laman Malaysian Digest.

Menurut Afdlin dan Harun, mereka berdua yakin dengan kempimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ia membuatkan mereka tidak teragak-agak untuk menyertai UMNO.

Mereka turut berharap penyertaan mereka ini dapat memberi impak positif kepada khalayak ramai.

“Apabila afdlin menyuarakan hasrat dan mengajak menyertai UMNO, replica iwc watches saya tidak berfikir panjang dan terus setuju. Apatah lagi sebagai individu yang juga menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Seniman, saya merasakan ini merupakan salah satu bentuk tanda sokongan saya terhadap usaha-usaha kerajaan dalam membentuk negara di bawah pentadbiran yang adil.

“Selain bersama-sama merealisasikan hasrat dan perjuangan UMNO dan memberi contoh yang baik serta menggalakkan artis lain yang berada di bawah Persatuan Seniman untuk menyertai UMNO,” ujar Harun.

Datuk Abdul Rauf turut menegaskan, penyertaan kedua-dua selebriti ini bukanlah semata-mata sebagai perhiasan dalam parti UMNO. Tetapi ia merupakan satu perjuangan kerana kehadiran para penggiat seni seperti Afdlin dan Harun dapat dilihat sebagai satu suntikan baru dalam arena politik tanah air.

Selain Boboi, sebelum ini seramai 40 selebriti tanah air telah menyerahkan borang keahlian mereka sekaligus secara sah bergelar ahli UMNO. Antaranya Darling Ngasri, Jamal Abdillah, Fara Fauzana dan Fauziah Gous.

One Comment