berita

Kumpulan Duo Terbaru, Billionaire Tampilkan Bakat Dalam MV Berjudul ‘That Night’

April 2nd, 2014 | by Ai
Kini Trending

1

Kemunculan kumpulan dan duo dari Korea bukanlah satu perkara baru, malah lebih ramai selebriti K-Pop lahir dan menjadi popular bukan saja di Malaysia, tetapi seluruh dunia.

Terkini, kumpulan duo lelaki terbaru yang menggelarkan diri mereka sebagai Billionaire muncul dengan mempamerkan bakat nyanyian dan tarian  dalam sebuah muzik video lagu terbaru mereka berjudul ‘That Night’.

Billionaire

Dianggotai oleh dua jejaka kacak, khabarnya lirik untuk lagu ‘That Night’ ditulis sendiri oleh salah seorang dari mereka iaitu HooNia. Malah, bukan sahaja menulis lirik, Hoonia juga bertanggungjawab dalam menyusun kesemua track lagu dalam album mereka.

Walaupun masih baru, menerusi video yang berdurasi 3:44 saat itu mereka berjaya menampilkan lenggok tarian yang kemas dan menampakkan kematangan dalam setiap gerak tarinya.

Malah, walaupun masih baru dimuat naik melalui lama Youtube, ada peminat yang memuji lagu dan konsep MV yang cuba diketengahkan itu.

Comment

Kalau nak tahu, kumpulan ini telah memasuki dunia hiburan di Korea tanpa melalui mana-mana agensi. Wah, berdiri atas kaki sendiri nampaknya.

Billionaire

Untuk pengetahuan, Billionaire telah memilih rentak pop ballad sebagai konsep lagu ‘That Night’, anda pasti akan teruja dan rasa terbuai dengan gemersik suara mereka yang merdu.

Apa pun, jom kita lihat dulu muzik video terbaru kumpulan ini. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×