berita

Kurangkan Nafkah Anak, Elly Mazlein Kecewa Bekas Suami Berkira Dengan Anak Sendiri?

July 13th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Nampaknya kisah Elly Mazlein dan bekas suami masih belum lagi belum berhenti. Kalau sebelum ni ada isu hak penjagaan anak sehinggakan timbul salah faham kedua mereka di hari raya. Namun kali ini isu tuntutan nafkah untuk anak mereka pulak. Ishh macam macam.

Katanya Elly Mazlein kecewa dengan bekas suaminya. Sanggup berkira dengan anak sendiri? Aikk betul ke?

Mengurangkan nafkah Sephia

Elly berkongsi gambar screenshot dari Harian Metro di laman Instagram miliknya mengenai hal ini. Dia meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya, Azmi mengurangkan nafkah Sephia kepada Rm500 berbanding Rm1500 sebelum ini.

Hasil majlis sulh hari ni..

Azmi hatta ingin mengurangkan nafkah Sefhia dari RM1500 ke RM500..

Sebelum ini perintah Mahkamah sudah tetapkan Duit persiapan raya Sefhia adalah RM1500 (TUNAI).. Sekarang dia nak ubah & ikut dia nak bagi berapa pun dan pasang impian utk mmbawa sefhia keluar membeli belah persiapan raya sedangkan sefhia x kenal bapanya siapa..

Duit persiapan raya hari tu pun tak di bayarnya.. tak apa Sayang Sefhia, mama akan lawan atas sebab ingkar perintah Mahkamah..

RM500 ?

Kesian anak mama

Kesian anak mama, Sefhia.. x mengapa wahai anak .. mama akan lawan wahai anak .. mama akan lawan sampai mendapat hak kamu ,wahai anak .. kecewa mama ni anak .. sampai mcm ni sekali orang berkira dengan kamu wahai anak.. sudahlah tidak di peduli .. sekarang ni duit bulanan pun nak di kurangkn..

Mama tak akan putus asa .. mama akan berjuang apa saja demi mu wahai anak..

Kita sabar & usaha ya anak.. ya mama penat dgn semua ni tp sikit pun mama x akan mengalah apa saja berkaitan dgn mu wahai anak..

Putri Sara Sefhia.. mama sayang kamu, nak ..

Sumber : Instagram Elly Mazlein

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×