Laa...Ingatkan Port Kontena. Rupanya 'Dapo Pata' Tarikan Terbaru Di Gong Badak. - OHBULAN!

berita

Laa…Ingatkan Port Kontena. Rupanya ‘Dapo Pata’ Tarikan Terbaru Di Gong Badak.

February 16th, 2016 | by Rudy | 4 comments
5.2K
reads
28
shares
Travelogue

COVP

Dapo Pata? kalau orang Terengganu mesti expert kan nak sebut. Bahasa senang nak faham dapo pata tu dapur pantai. Inilah Uptown Kontena di Gong Badak  Terengganu. Wow uptwon tepi pantai pertama di Malaysia.

Baru saja beroperasi beberapa hari yang lalu sudah nampak kemeriahannya. Tak kira siang atau malam pasti korang akan teruja dengan suasana uptown yang unik ni.Lokasinya di Pesisir pantai Kg.Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

So kalau korang melalui kawasan tu jangan lupa bagi review sikit. Apa yang lagi menarik?

Ni baru fasa satu tau.

upton22

Fasa satu ni pun dah gempak kalau ada fasa dua nanti tak tahu la macam mana tempat ni nanti. Kalau yang biasa pergi ke uptown tu pasti merasai pengalaman sesak nafas, panas, berlaga bahu dan banyak lagi kan, dekat Dapo Pata ni jangan risau sebab lokasi tepi pantai yang korang pun tau sangat nyaman dan sejuk bayu laut tu kan.

Berkonsepkan kontena, lokasi ini yang bakal dibanjiri dengan pengunjung kerana lokasinya yang strategik.

Banyak juga tempat makan dekat situ.

upton 5

Uih meriahnya, mesti best dapat lepak ramai-ramai tepi pantai.

upton2

uptone

Makanan orang terengganu pun mesti banyak ni.

upton4upton3

Sempena cuti sekolah yang akan datang ni, admin cadangkan korang datang ke Dapo Pata Uptown Kontena ni sebab lain dari yang lain.upptonuptonn uupton

Bayu darat pada waktu malam dengan lampu-lampu mentol tu mewujudkan suasana yang tenang.

Yes lokasi ni bakal menjadi satu lagi tarikan pelancong di negeri Terengganu. Semoga tempat ini akan menjadi satu lagi kebanggaan Malaysia khususnya masyarakat negeri Terengganu ni.

Pesanan admin buat yang korang yang nak pergi bercuti jangan lupa buat persiapan awal dan untuk mengekalkan kelestarian Dapo Pata jangan cemarkan dengan sampah sarap ok?

Sumber: Facebook Uptown Kontena

 

4 Comments

  1. cikkilata says:

    ye ke uptown pertama tepi pantai kat malaysia…?? cuba buat research balik sblm declare benda2 camtu…

  2. jebon says:

    kenape time aku belajar kat sana takde gini?
    dulu ade bundle pacak khemah..

  3. syaqirin says:

    sblm ni ada je bundle kt tepi pantai tp khemah pacak bese2 je kt pantai batu buruk nung . skang dh x de dh. aku bkn apa..mls btl nk gi ke gong badak. jln jem nak mapuh kt jmbtn sultan mahmud. jln baru x siap lg ker…pape pn, trg skrg dh maju. dh hipster dh skang. kuikui. ok la. love my kmpg, ganu