berita

Lady Gaga Temui Cinta Baru?

July 24th, 2012 | by Ai
Hollywood

Lady Gaga, 26 merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan penampilan pelik dalam setiap persembahan nyanyiannya kini dikhabarkan  telah menemui cinta baru. Di mana beliau dikatakan sering kelihatan keluar bersama seorang pemilik restoran di Plaka yang dikenali sebagai Giovanni.

Menurut sumber, Giovanni merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sangat arif dalam dunia perniagaan restorannya. Selain itu, Lady Gaga turut dikatakan sangat rapat dengan pemilik restoran ini sehingga beliau tidak sanggup untuk berjauhan dengan lelaki tersebut.

Gaga dan Giovanni dikatakan mula mengenali antara satu sama lain, apabila penyanyi wanita ini mula menjejakkan kaki ke restoran Giovanni dan beliau telah menjadi pelanggan tetap di restoran tersebut. Walaupun mempunyai jadual yang padat, Gaga dikatakan masih lagi mampu meluangkan masa untuk berjumpa dengan Giovanni.

Dalam masa yang sama, Giovanni tidak menafikan yang beliau dan Gaga kini sememangnya teman rapat dan mereka selalu menghubungi antara satu sama lain. Selain itu, terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa, Giovanni turut mengajar Gaga bercakap dalam bahasa Yunani dan adat resam kaum tersebut.

Sumber : Exposay

SKIP THIS AD ×