berita

Lagenda Bola Sepak, Cafu Jangka Limpahan Gol Pada FIFA World Cup Di Brazil

July 8th, 2014 | by Ai
Shout Out!

2325497_full-lnd

Nampaknya pemenang World Cup sebanyak dua kali dan duta Castrol sejak 2009, Cafu percaya perlawanan bola sepak FIFA World Cup 2014 yang berlangsung di negara kelahirannya, Brazil, tahun ini adalah yang paling menyeronokkan dan bakal mencatat sumbangan gol tertinggi dalam sejarah.

Walaupun banyak kontroversi berlaku sepanjang perlawanan berlangsung dari bulan Jun lalu, tapi Cafu sangat yakin bahawa Brazil mampu menyapu bersih pasukan-pasukan lawan dengan teknik permainan mereka yang pantas ala Samba.

Ramai kecewa dengan perlawanan bola sepak yang dipamerkan pada tahun 2010. Apa yang sepatutnya menjadi sambutan sebenar di Afrika buat kali pertama itu disifatkan sebagai perlawanan pertahanan dan persembahan kurang memberangsangkan, menyebabkan matlamat paling rendah bagi setiap nisbah permainan sejak tahun 1990.

Semua orang suka menonton perlawanan serangan, dan tidak ada kekurangan pun pada bintang berkualiti dari pasukan Argentina, Holland, Uruguay dan Belgium. Bila seluruh dunia tertumpu pada Brazil kali ini, saya percaya bahawa keindahan dan kepantasan gaya Samba kami akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mempamerkan kemahiran menyerang mereka sendiri. Secara tak langsung memberi penonton beberapa aksi mendebarkan dan mencabar untuk dinikmati.

2334697_full-lnd

Begitulah tingginya keyakinan Cafu terhadap pasukan Brazil. Korang rasa macam mana? Kalau pada World Cup yang lepas Sepanyol dijulang sebagai juara, adakah tahun ini akan diisyhtiharkan juara baru atau juara-juara terdahulu?

Agak payah nak jawab soalan tu, kan? Apa kata sementara nak tunggu perlawanan akhir, korang tengok dulu video Cafu yang menikmati saat-saat mendebarkan menaiki kereta dipandu ikon pelumba kereta terkenal, Ken Block di bawah.

Screen Shot 2014-07-04 at 16.32.55

Walaupun tersenyum sahaja sepanjang rakaman, tapi kami percaya Cafu sebenarnya dah pening-pening lalat setiap kali Ken menunjukkan aksi drift terhebatnya.

Untuk pengetahuan anda, Cafu dan Neymar menyertai pasukan juara dunia bola sepak gaya bebas untuk mengambil bahagian dalam penggambaran Castrol Khana melibatkan Ken Block.

Video menampilkan Neymar dan Ken Block yang telah dirakam oleh Castrol menjadi fenomena sensasi di kalangan netizen dengan mencatatkan 15 juta jumlah tontonan sejak dilancarkan sekitar awal tahun lalu. Kalau anda terlepas, boleh menontonnya di sini Castrol.com/Footkhana.

Apapun, bagi yang ingin tahu sama ada pasukan kegemaran anda bakal memenangi FIFA World Cup 2014 atau tidak, anda boleh melihatnya sendiri menerusi aplikasi Castrol Index.

Screen Shot 2014-07-07 at 12.18.17 PM

Aplikasi yang dicipta oleh Castrol ini membolehkan anda meramal keputusan perlawanan berdasarkan kepada setiap pergerakan dan aksi pemain. Tunggu apa lagi, pastikan anda terus ke Castrol Index selepas menonton video di bawah ini okay?

http://www.youtube.com/watch?v=Mp9a2PBwIg0

SKIP THIS AD ×