berita

Lagu ‘Bawaku Pergi – Zizan & Kaka’ Diharamkan Kerajaan

March 30th, 2012 | by M | 65 comments
Isu & Kontroversi

Lagu Bawaku Pergi   Zizan & Kaka Diharamkan KerajaanMalique terkilan apabila lagu ciptaannya yang berjudul, ‘Bawaku Pergi’ dendangan Zizan & Kaka telah diberhentikan penyiarannya apabila ada pihak tertentu yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh mengalakkan lagi kes lari dari rumah di kalangan remaja. Berikut adalah kenyataan Malique sebagai respon kepada isu pengharaman tersebut :

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’.

Lagu Bawaku Pergi   Zizan & Kaka Diharamkan Kerajaan

Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Setuju atau tidak?

View Results

Lagu Bawaku Pergi   Zizan & Kaka Diharamkan Kerajaan Loading ...

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

65 Comments

  1. Lisa Surihani mendengar keluhanmu wahai kecoh siak dan Lisa berbangga punya peminat yang prihatin sepertimu says:

    KES LIRIK SUBLIMINAL AMAT NI..

    (0)
    • Pergerakan Underground Bekas Pengakap Berseluar Yankee Berjambul Didahi Berkaki Ayam says:

      If you dont like a certain food, you just leave it,so no wonder we still dont know what the rock is cooking..yeahhh !! Hidup Lengan Undertaker Fasha Sandha !!

      (0)
  2. double10 says:

    saya mungkin tk pandai utk berbahas ttg lagu..tp bila sy fikirkan balik apa kata malique sbgai pencetus idea & penggubah lagu tidak ada salahnya dia mencetuskan idea yang berunsur catchy dan lbh cool..tapi sebaliknya fikirkan pula lagu2 barat yang di bawa masuk ke negara kita yg lbh negatif dari positifnya..adakala setiap lagu lirik lbh unsur mencarut dan memberi kata2 kesat..jika btul malique salah,rundingan cara baik perlu ada,negara kita ada undang2..apa salahnya berikan hak asasi utk dia terangkan keadaan bkn di tindas tanpa bertanya? lagi satu kalo btul dia yg slh…mcm mn pula dgn lagu yg jamal abdillah ft zizan nyanyikn juga??adakah ia juga merosakkan bangsa??fikirkan lah baik dan buruk menutup periuk nasi org..xde gunanya..

    (0)
  3. concern says:

    Mata dalam kaca, topi berceloreng
    sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
    hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
    hero sudah sampai, cepat terjun dari oteng
    kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
    bawa bekal air muka cuci aib bopeng
    lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
    lari dari kenyetaan, mula kisah dongeng

    tak tau plak bini kau duduk atas loteng, nak kene siul2 pulak lagi…kalau nak buat argument, ambik the whole context, jgn ambik sikit2 je, part yeti ape sume tu mmg la tak nampak negatif…siap bertopeng topeng

    (0)
    • tukang angkat bahasa melayu says:

      “Timbul tenggelam, timbul tenggelam
      Acapkali terpendam, acapkali tersergam
      Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
      Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
      Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
      Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
      Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
      Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
      Maafkan mereka, mereka tidak tahu
      Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
      Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
      Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
      Maafkan mereka, mereka tiada nilai “

      (0)
    • tukang angkat bahasa melayu says:

      lagu luar negara yg penuh maki hamun, maksiat, freemason, haram jadah tak nak pulak mangkuk2 niy bising ,tapi bila, lagu tersirat macam ni dikutuk. ~ Bagai Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak” think globally, act locally.

      (0)
    • nak kate bebal ko marah, tp hakikatnye mmg ko la tu says:

      ko ni aku nak marah tak leh maybe sebab ko bebal….bukan la maksudnyer bini die atas loteng bahalol, ha kan da kuar bahasa menunjukkan bangsa aku tu…tu la aku malas nak ulas,,,,aku bace komen ko yg mcm pandai wahal ko bodow ni naik nyampah.,….hehhhh syohh blah…bajet bagus siap copy n paste lagu tu…rupenyer tak paham gak….ko ngan org yg nak haramkan lagu tu same jer 18 kali senggal…

      (0)
      • nak kate bebal ko marah, tp hakikatnye mmg ko la tu says:

        ops aku nye komen tu tuk si CONCERN tu hah…

        (0)
    • otak says:

      asal otak kasik tajam ;)

      (0)
  4. lisa says:

    singkat sgt cara pmikiran insan yg mgharamkan lagu ini….xde kne mgena ngn citer2 negatif…sush ler nk maju,dgn ada insan sprt ini…

    (0)
  5. Yaya says:

    sekali dengar mmg menyesatkan tp after explanation dari Malique, macam OK plak.. tp manalah kita nak tau dia refer pda pasangan yg dah berkaiwin sbb siap “jgn bilang mama, papa” etc..
    To Malique, bukan salah kerajaan banned lagu ni sbb first time, second time, third time dgr, mmg menyesatkan.. takkan everytime tulis lirik kena bgtau cerita disebaliknya….

    (0)
  6. alasan paling bodoh abad ini says:

    nk tny ckit je.lagu bruno mars n lady gaga tu x pulak kerajaan nk haramkan?dah sah2 terang lg nyata liriknya menyesatkan..bodoh!

    (0)
    • Aku protes lagu omputih makna melampau says:

      Ntah..nk haramkn, haramkn sume..kot2 yg tukang haramkn ni x paham english, paham bhs melayu je kot..org bodo english mmg cmtu..lagu english ntah apa makna join dgr, join nyanyi, kinja2 menari..lagu melayu, pandai plak tafsir makna bagai..

      (0)
  7. luke says:

    Hahahaha. Lawak betul la. Lagu macam diharamkan. Atas sebab apa? Punca remaja lari dari rumah kerana lagu ini? Tanya remaja yang lari tu, dia lari sebab lagu ni ke? Punca sudah terang lagi dalam surat khabar, tekanan dari keluarga, ikut teman lelaki. Lagu ni TAK DA KAITAN LANGSUNG dengan remaja lari dari rumah. Menteri komunikasi rupanya otak sempit. Kesian, sebelum nak haramkan tanya penulis lirik dulu kenapa dia tulis lirik macam tu dan apa maknanya. Lirik lagu banyak metafora. Sila tanya sebelum membuat keputusan yang aku anggap BODOH ^_^

    (0)
  8. aishahakim says:

    nape lagu nie nak haramkan.
    lagu bruno mars xnak lak haramkan….

    (0)
  9. mama_alya says:

    tertarik dgn kata2 ini…………………….jaga berbelas tahun,hanya dgr lagu 4 minit dah boleh lari dr rumah.betul tu…itu semua tanggungjawab ibu bapa.

    (0)
  10. nono says:

    Lantak korang la….padan muka…wahahahaha. Sapa suruh tulis lirik lagu sampah!!!

    (0)
    • tukang angkat bahasa melayu says:

      kesian kau nono, engkau yang sampah sebenarnya. ada otak tafsir la sebaik mungkin jangan hanya menjadi katak bawah tempurung tau melalak sahaja.

      (0)
      • nak kate bebal ko marah, tp hakikatnye mmg ko la tu says:

        yup aku setuju….si NONO mmg banggang ..pengajian tak abis….org komen die pun nak…padahal kosong….ZERO

        (0)
  11. insanbiasa says:

    kelakar betol dengan orang2 yg berfikir negatif dan cetek ni…

    (0)
  12. kopi ais says:

    lirik lagu antarabangsa lagi teruk..siap ada unsur boleh pesong akidah..kenapa gomen x ambil tindakan? filem2 yang melampaui batas Islam..(lagi2 filem tempatan)..kenapa gomen x ambil tindakan?
    aiseh….

    (0)
  13. Mister Rie says:

    BAGAIMANA pula dengan ayat ‘JANGAN BERITAHU MAMA’ ‘JANGAN BERITAHU PAPA’ ‘JANGAN BERITAHU TEMAN KARIBMU’ ‘JANGAN BERITAHU SESIAPA’..

    Malique menitik beratkan melancong di himalaya, tapi ayat di atas amat negatif sekali bunyinya, kalau benar nak melancong, kenapa mesti tak nak beritahu orang? kenapa mesti nak keluar malam? Lagu ni memang best, cuma tukar sikit je dia punya ayat… abih ceritaa

    (0)
    • Aku protes lagu omputih makna melampau says:

      “No matter straight, gay or bi, lesbian, transgendered life, i’m on the right track baby, i was born to survive” born this way by lady gaga..

      Yg ni xpe pulak?..jadila apa ko nak jd wahai anak, asal jgn lari dr rumah sudahla… Camtu?

      (0)
    • kalau aku la kan says:

      kalau aku pun nak melancong tak bagitahu mama, papa, karib, nanti dema nak ikut, sedar2 dah sampai sana baru bagitahu. :D

      soalan bijak, LOL

      pegi kias lagu lain sayang, banyak lagi lagu pesong

      (0)
  14. saya setuju dengan perbanan lagu ni says:

    Lagu nie catchy sgt dan mudah diingat. Apatah lagi dalam bahasa kita sendiri. Senang le nak paham. Bawa aku pergi terngiang2 ari. Gerenti kes lari dengan kekasih meningkat mendadak. Ada jugak yang masih waras dan berfikiran jauh demi generasi muda kita. Syukur.

    (0)
    • f says:

      orang cetek akal fikiran macam kau niy je cepat terpengaruh. Dgr lagu 4 minit dah nak lari rumah?? such a typical MALAY! masyarakat kita TERLALU SENSITIF!! SENSIVITI BERTEMPAT LA!! kalau nak ikut kan lagu zaman dulu pun ada lagi teruk / double meaning lagi, satu lagi diskriminasi untuk pejuang seni yang jujur lagi telus. TO malique, sabar bro! Allah tutup rezeki kau yang satu ni, Allah nak bagi kau rezeki yg lebih nnti.

      ~Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
      Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
      Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
      Maafkan mereka, mereka tidak tahu.

      ~Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
      Kalau terpelajar sila guna hak miranda
      Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
      Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

      (0)
  15. kamalia says:

    sebelum nak haramkan sesebuah lagu naper x discusss dulu dgn songwriter and singer…nier sesedap jerrrr nak haramkan….btw iif bebdk nak lari dari rumah x yah dgr lagu nier pun dia org still akan larinyerrr……..itularrrr masalahnyer bila org otak sempit dan x berpikiran luas…..

    (0)
  16. ichiboom says:

    aku tak ler rase lagu ni bgs sgt tp sblm lagu ni wujud pon dah ramai remaja lari dari rmh.aku tak rase pun nk lari pas dgr lagu ni.tak msk akal langsung.sempit btl fikiran.

    (0)
  17. cici says:

    Setuju dengan Malique!!! Aku dengar lagu ni dh brpuluh2 kali tapi ada maksud yg tersirat di sebalik lagu ni… cuba selami dulu maknanya baru paham apa maksud di sebalik lagu ni… jgn ambik sebijik2 maksudnya tuuu… Aku tak setuju lagu ni diharamkan!

    (0)
  18. fiD says:

    Lagu je lah. Bukan ada unsur ketuhanan atau mengutuk negara. why diharamkan??? tak kan sebab lagu ini je jadi pendorong nak lari rumah? aduhai…

    padahal bnyak lagi lagu yang patut diharamkan…

    (0)
  19. elm0 says:

    satu je aku nak tanye… klu diorang ban lagu ni, diorang pernah dengar tak lagu ke$ha & hayati apa yang die nyanyi…takkan la pakar2 ni tak paham kot… aku rasa minah ni langsung takde cover2….tapi lagu die relax je keluar radio

    (0)
  20. La Dolce Nad says:

    sbb kerajaan la ko bleh cari makan.. skrang ko nak kutuk kerajaan plak..kenang la budi sikit wahai artis oi…

    (0)
    • f says:

      Betul – betul singkatnya minda kau, Malique ni “cari makan dengan usaha sendiri.” Tak bergantung langsung dekat kerajaan, client datang berpusu – pusu mintak dia buat lagu. Malique bukan seorang komposer yang sampah buat lagu hentam kromo sahaja, setiap lagu yang dicipta ada maksudnya tersendiri, JADI guna otak untuk mentafsir!

      Antara lagu yang dicipta oleh Malique : Mantera beradu feat M. Nasir
      Senyum feat Najwa
      Aku maafkan kamu feat Jamal Abdillah
      Perang dah tamat feat Rabbani
      Layu feat Tun Dr. Mahadthir

      (0)
  21. Jgn Bilang Papa, Jgn Bilang Mama says:

    setiap org ada pentafsiran yg berbeza..sbb masyarakat bknye tahu lagu ni tok suami isteri ke kekasih ke.. asal nak g honeymoon sorok2 ke? takot famili ikot??

    (0)
  22. missa says:

    Rasanya kerajaan sentap kot sbb banyak kes bebudak skang yang katanya kena culik tapi sebenarnya melarikan diri sendiri dari rumah…menyusahkan polis, menyusahkan mak bapak, menyusahkan pihak sekolah, menyusahkan semua orang…so, walaupun diharamkan penyiarannya tapi rasanya boleh didownload lagi…so, korang semua pun jangan sentap juga. kerajaan pun ada tanggungjawab yang sangat2 besar atas rakyatnya…lebih besar daripada tanggungjawab rakyatnya (korang) untuk kerajaan….

    (0)
  23. yuno says:

    gomen
    Y U NO BANNED BIEBER SONG!!!!

    (0)
  24. banned utk kebaikan says:

    lpas ne lagu2 kat malaysia ne akan ade “FILTER” mcm drama2 kt tv…(utk tontonan umum,18sx,13pl dll)…baik lg dengo ceramah Ustaz idrus a.k.a ustaz youtube..hehe

    (0)
  25. banned utk kebaikan says:

    lpas ne lagu2 kat malaysia ne akan ade “FILTER” mcm drama2 kt tv…(utk tontonan umum,18sx,13pl dll)…baik lg dengo ceramah Ustaz idrus ..hehe

    (0)
  26. Lulu says:

    alah budak2 zaman skrg ni, dengar lagu ke tak dengar lagu ke, kalau dah bongok nak lari dari rumah tu lari jugakkkkkk

    (0)
  27. adam narzuan says:

    biasa laa tu.. camne ler mereka fikir lagu bleh buat budak keluar dari umah ek… kalau camtu kita pakat buat2 lagu untuk bagi pengaih berenti menagih, perompak berenti merompak.. hahaha

    (0)
  28. hamba allah. says:

    kepada malique.
    kepada saya, kedua-dua pihak bersalah, kerajaan tidak patut mengharamkan tanpa perbincangan dan di luar pengetahuan anda, kerajaan seharusnya mengadakan perjumpaan dua hala dan mendengar penjelasan daripada anda sebelum membuat apa apa keputusan,
    Tetapi, anda juga bersalah, kerana lirik yang ditulis memang menimbulkan banyak syak dan spekulasi tersendiri, seperti “jangan bilang mama jangan bilang papa……..terjun loteng, hero sudah sampai” jika anda jujur menulis lagu ini untuk isteri anda, apakah metafora disebalik lirik itu? “lari dari kewajipan” kita sebagai seorang muslim tidak harus meninggalkan kewajipan walau dimana kita berada. disamping itu, anda sebagai seorang penulis, memang tidak salah anda berkarya, tetapi sebagai seorang penulis lagu, anda seharusnya memikirkan tentang pendengar-pendengar anda, rata-rata pendengar masa kini adalah remaja belasan tahun, yang sedang meningkat dewasa, tidak sepenuhnya matang, dan tidak semua mempunyai minda pentafsiran seperti anda, mereka boleh tersalah tafsir dan mengambilnya secara serius, itulah remaja, oleh itu, jika anda tidak memikirkan tentang golongan pendengar ini, anda sebagai penulis lirik profesional telah gagal dalam tugas anda.
    Tentang masalah remaja lari rumah, memang tidak dapat dinafikan berpunca daripada masalah keluarga dan masyarakat kini. tetapi kita tidaklah perlu menambah dengan membuat lagu yang ditafsir oleh mereka menggalakkan lagi jiwa gundah para remaja yang belum teguh, dengan iman dan belum penuh dengan ilmu untuk membezakan antara baik dan buruk, sebagai penjelasan, lagu ini lazimnya didengar ketika sedang bersantai dan sebagainya, lirik lagu didengari mampu diserap oleh minda separa sedar mereka dan secara tidak sedar minda mereka telah di hipnosis dengan lirik yang telah disalah tafsir ini, lalu mereka kian mudah terpengaruh dengan pujuk rayu kekasih atau tekanan keluarga untuk melakukan idea-idea yang tertulis dalam lirik lagu ini,
    Bukan salah anda para pendengar menyalah tafsir lirik ini, tetapi anda sebagai penulis juga haruslah mengambil pendapat mereka demi membaik pulih diri dan kerjaya anda sendiri, siapalah seorang penulis lirik tanpa pendengarnya? selain itu anda juga tidak harus menyalahkan ibu bapa yang terlibat dalam kes lari rumah ini, mereka sudah cukup terluka dengan perkara yang berlaku dan kita tidak memahami perasaan mereka yang kehilangan ini, apakah perasaan anda jika perkara ini berlaku kepada keluarga anda? diri anda? hanya tuhan sahaja yang tahu betapa mereka berasa kesal atas perkara yang berlaku. mereka hanyalah ibu bapa yang ingin melindungi keluarga mereka.
    Akhir kata, anda seorang penulis yang berbakat, saya meminati dan menghormati semua karya anda, sebagai seorang insan, apa yang mampu anda lakukan ialah mengambil perkara ini sebagai satu kritikan yang membina, menjadikan diri dan karier anda lebih baik, tabahkan hati, kuatkan iman sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya.

    Kepada masyarakat yang membandingkan kes pengharaman lagu ini dengan lagu barat, mengapa kita sebagai manusia harus membandingkan dengan sesuatu yang lebih buruk? mengapa tidak kita membandingkan lagu ini dengan sesuatu yang lebih baik? sebagai bonus kita boleh mengambil iktibar dari sesuatu yang baik untuk membaiki diri kita. tiada komen untuk lagu lagu barat dan lirik mereka. itu mencerminkan masyarakat mereka sendiri. kita sebagai rakyat malaysia seharusnya membuktikan kepada dunia bahawa kita belum lagi menyimpang jauh dari nilai nilai ketimuran yang menjadi kebanggaan negara. perlukah kita mengikut corak hidup barat untuk maju? fikir-fikir kan lah.
    we are not here to follow them, we are here to surpass them, in our own unique way.

    (0)
    • alaaa bila anak lari dari rumah, mak bapak memang senang cari alasan lain salahkan lagu, salahkan tv, salahkan pengaruh kawan2, tak pernah fikir salah sendiri.

      kalau pandai didik anak, luangkan masa dengan anak2, bagi la budak tu dengar lagu apa pun, tak lari dari rumah jugak.

      (0)
  29. bila ALLAH telah haram sesuatu says:

    ade jugak nk redah, semua yg haram korang nak halal kan, ape citer???? bodoh nya korang!!

    (0)
  30. adam aris says:

    this is what we call malaysia..
    klau lagu melayu kerajaan terlalu sensitif sgt bila ade unsur yang dorg xboleh nak faham,tapi bile lagu dari negara barat,artis2 freemason dan yahudi yang terang2 kutuk agama Islam dan Tuhan,kenapa xnak banned lagu tue?sebab korg xfaham ke atau sebab politik yang korg sendiri takut..klau sebab lagu budak2 sekarang rosak,kenapa sekarang?kenapa dlu ok je?..pikir la..negara kite demokrasi kot..setiap org ade pilihan dan berhak untuk bersuara.kenapa dan banned mcm tu jek?boleh duduk berbincang kan?

    (0)
  31. lucifer says:

    saper yg bodoh sgt haramkan lagu ni ? ingat kita ni bodoh sgt ke macam ko sampai haramkan lagu ni ?? BODOH ASSHOLE DUNGU PIANG MADERFAKER….
    it’s just a song IDIOT..!!

    (0)
  32. Padan muke says:

    Aku salahkan malique.
    Len kali buat lagu pikir la dulu. X semua org pandai tafsir maksud tersirat.
    Jgn salahkan gomen aje. Rakyat malaysia mmg majority otak cetek. Haha

    Korg bising2 soh banned lagu omputih. Ade korg report?
    Bodo, len kali jgn ckp aje. Take action and report. Tak report pastu komplen xde action. Typical malaysian.. Complaint aje tau!

    (0)
    • adam aris says:

      yes..Typical malaysian like urself “Padan Muka”..
      sebab malaysia mempunyai byk sgt Typical malaysian yang ko ckp ni la pemimpin xnak ambik soal..ade ke kerajaan dengar kata2 rakyat nya?bukan nak menidakkan tanggungjawap kerajaan,tapi kerana Typical nye malaysian ni dengan banyak nye alasan yang akan diberi oleh kerajaan..so soalnye sekarang sape yg Typical malaysian skang? nood and lol?

      (0)
  33. Audrey Hepburn says:

    Tadi ada je lagu ni kat Era.

    (0)
  34. AHA says:

    ni lagu je..haram xharam xde kesanpun…bila lagu xblh siar da cakap xde hak bersuara…lagu2 sblm2 ni pun haram jugak ke? selama ni xblh ckp apa2 ke? bila buruk semua salah kerajaan. dapat makan minum hidup senang lenang xnk puji ke? byk org len lagi yg susah xberungut pun. tu la namanya tak bersyukur…aduhai…dunia di kejar…akhirat? rakyat malaysia diberi kebebasan bersuara tp msh dlm ruang lingkup undang2 dan peraturan, bayangkan kita sebagai manusia jika xdisekat apa jd? sebagai org islam, kita sendiri terikat dgn islam tu sendiri. malaysia ni bahasa kebangsaan adalah bahasa melayu. lagu tu dalam bahasa melayu bukan ke mudah sangat dihayati..lagu2 melayu jugak yg lebih dilayan….yg lari dari rumah tu pun melayu jugak. mmg la pakcik2 tu kena jg anak2 dia btl2 tapi kalau kita xde rasa nak tlg jg sebaliknya pengaruh pulak benda2 lain…xke bai kesan juga? smua tu kan ttg social responsibility …buat lagu tu pun ada social responsibility nya…

    (0)
  35. KAK KIAH says:

    BARU JE DENGAR LAGU ZIZAN N KAKA DEKAT SURIA FM…OK JE…KATA TAK DIBENARKAN KERAJAAN . . . APE CITE. . . .

    (0)
  36. chantek says:

    ape bende la yg korg nk gadohkan…
    aku percaye diantare korg mesti rmai yg minat lagu omputih yg kadang2 menyesatkan…
    korg jugak an yg sanjung2 lagu omputih…kate tak standard la dgr lagu melayu..
    aku peminat lagu2 tradisional..ade org gelakkan aku sebab aku minta lagu2 tradisional..
    aku berumur 22thun…

    lagu ni aku pown suke siap download lagi nehhh…best liriknye agak unik…

    tetapi…yg tukang wat lirik tu sepatotnye fkir laaa intipati lagu niey..
    jgn dah kene HARAM baru nak explain maksud tersirat lagu niey…
    aku fham yg lagu niey berkenaan hdop die ngn binik die…tapi bile aku bace balik lirik lagu niey…

    mmg terang2 kowt die nak ajak awek die lari rumah….
    tapi biarlah…ini pendapat aku…tak tau lah plak an lau ade org yg nak sokong sgt lagu2 yg camneh…ikot suke korg laa…

    bawa aku pergi
    pacu laju-laju
    kita lari dari realiti
    bawa aku pergi
    pacu laju lagi
    malah kita
    tak perlu kembali

    tengah malam nanti
    tolong jangan lupa
    jangan mungkir janji
    aku dah teruja
    sudah cukup lama
    aku tunggu saat ini
    sejak kali terakhir kau hantar pulang
    hidup sungguh sepi
    tolong jangan bilang mama
    tolong jangan bilang papa
    malah jangan bilang teman karibmu
    jangan bilang sesiapa

    oh, buku merah jangan lupa bawa
    moga-moga belum tamat tempoh
    kali ini kita pergi lebih lama
    pergi lebih jauh, ayuh

    bawa aku pergi
    pacu laju-laju
    kita lari dari realiti
    bawa aku pergi
    pacu laju lagi
    malah kita
    tak perlu kembali

    mata dalam kaca, topi berceloreng
    sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
    hanya perlu siul, tidak tekan loceng
    hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
    kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
    bawa bekal air muka cuci aib bopeng
    lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
    lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

    tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
    tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
    lari-lari baling bola salji depan gua
    sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
    tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
    tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
    lari-lari baling bola salji depan gua
    tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

    bawa aku pergi
    pacu laju-laju
    kita lari dari realiti
    bawa aku pergi
    pacu laju lagi
    malah kita
    tak perlu kembali

    bila kita pergi
    apa kan berlaku
    siapa kan peduli
    siapa ambil tahu
    hidup kita tempuh
    untuk apa saja
    tidak kira mana kembara membawa
    kita kan bersama

    oh, buku merah jangan lupa bawa
    moga-moga belum tamat tempoh
    kali ini kita pergi lebih lama
    pergi lebih jauh, ayuh

    bawa aku pergi
    pacu laju-laju
    kita lari dari realiti
    bawa aku pergi
    pacu laju lagi
    malah kita
    tak perlu kembali

    (0)
  37. org jahil says:

    klu x de lagu ni pun banyak juge hal negatif belaku kat malaysia ….

    (0)
  38. eayu says:

    sebenarnya kalau kita nak lihat lagu-lagu berunsurkan negatif,kenapa tak lihat dan nilai lagu yang datang dari barat.it’s many of that song have negative issue.. kenapa lagu malique perlu diambil tindakan sampai diharamkan. Sebagai contoh, lagu2 MCR(my chemical romance) ada jugak yg maksud nya x baik,knapa x diharamkan penyiaran lagu nya or cd nya..tapi kita nilai dri music,we accept its.. tindakan mengharamkan adalh tndakan yg terlalu drastik…anak remaja lari bukan disebabkan lagu, but it;s depend on how we educate them and their mind…

    (0)