berita

Lagu Jaclyn Victor Timbulkan Sensitiviti Peminat Agama Islam

October 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Jaclyn Victor atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor merupakan panyanyi yang jarang dihamabat oleh kontroversi. Akan tetapi menerusi laporan Berita Harian hari ini, nama penyanyi ini telah dikaitkan dengan isu kononnya klip video lagu ‘Harapan Bangsa’ yang dinyanyikan olehnya telah menyentuh sensitiviti peminat yang beragama Islam.

Jaclyn Victor atau lebih mesra dipanggil Jac telah menegaskan bahawa, sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama, isu lagu ‘Harapan Bangsa’ tidak perlu dipertikaikan. Ini kerana, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penganut Kristian dengan menyanyikan lagu berkenaan.

“Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.”

“Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?” soalnya yang cukup popular menerusi lagu Gemilang.

Penyanyi bersuara lantang ini turut menjelaskan bahawa, lagu tersebut dirakam dalam versi Bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu. Jadi tidak ada isu untuk memboikot lagu tersebut.

Tambah Jaclyn lagi, sebagai seorang warga Malaysia dan juga mempunyai ramai kawan beragaam Islam. Dia masih mempunyai perasaan hormat terhadap agama tersebut dan masih tahu kepercayaan serta amalan yang dilakukan.

SKIP THIS AD ×