berita

Lagu & Muzik Video Terbaru Super Junior-M, Swing Lebih Menyengat

March 26th, 2014 | by Ai
Kini Trending

yahoo_super-junior-m

Super Junior-M, sebuah kumpulan Mandopop yang juga merupakan sub-unit kepada kumpulan K-Pop terkenal, Super Junior kini kembali aktif di dalam industri hiburan dengan karya seni terbaru.

Selepas setahun tiga bulan menyepikan diri, Super Junior-M yang terdiri daripada Siwon, Donghae, Ryeowook, Kyuhyun, Eunhyuk, Sungmin, Henry dan Zhoumi mempertaruhkan single berjudul Swing yang lebih catchy dan ceria.

Kemunculan semula mereka ini juga diiringi dengan penghasilan muzik video Swing menampilkan pelbagai sisi menarik kesemua ahli Super Junior-M yang cukup menghiburkan.

Screen Shot 2014-03-26 at 15.17.23

Menariknya, di awal tayangan MV tersebut, peminat dipersembahkan dengan lakonan bersahaja mereka di dalam pejabat dan kelihatan tidak bersemangat untuk bekerja.

Pada saat ke-50, peminat dibawa pula melihat kerancakan Super Junior-M menari penuh bertenaga mengikut rentak lagu dan semuanya tampil kacak dengan memakai pakaian sedondon berwarna hitam putih.

Screen Shot 2014-03-26 at 15.16.27

Untuk pengetahuan anda, Super Junior-M merupakan kumpulan pemuzik antarabangsa pertama di dalam industri hiburan China yang mempunyai ahli-ahli berketurunan Cina dan Korea.

Bagi yang belum berkesempatan menonton video dimaksudkan, di bawah ini kami sertakan MV Swing untuk tatapan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×