berita

Laman Sosial Adalah Platform Terbaik Artis Mengamuk, Luah Perasaan & Bergaduh

December 22nd, 2014 | by Wan
Isu & Kontroversi

luah

Nak tahu kenapa kami kerap menjadikan Facebook, Twitter & Instagram sebagai sumber utama berita? Jawapannya mudah, Selebriti adakalanya meluah perasaan, bergaduh dengan fans atau diserang peminat di laman-laman sosial tersebut. Tak payah susah-susah nak buat sidang media dengan wartawan. Save time, save cost!

*Sis, ni nak masuk zaman 2015 dah. Mana ada orang turun padang cari story lagi.

azhar

Anak Azhar Sulaiman Ditampar Guru 10 Kali!

Bukan main marah lagi Azhar Sulaiman bila dapat tahu anak lelaki kesayangannya yang berumur 10 tahun ditampar seorang guru. Kalau setakat kena tampar sekali tak apalah, ini 10 kali!!!

Artikel Berkaitan: Guru Tampar Anak 10 Kali, Azhar Sulaiman Melenting Di Laman Sosial

Menurut status Facebooknya, Azhar Sulaiman berniat untuk berjumpa dengan guru tersebut. Macam biasa, ada peminat menyokong dan ada juga yang menasihati Azhar Sulaiman agar tidak terburu-buru melakukan tindakan.

jul

Mengamuk Putus Cinta

Nak dijadikan cerita, pada bulan Ogos yang lalu, Julia Ziegler dikatakan mengamuk di laman Instagramnya kerana kes putus cinta. Caption yang digunakan Julia agak kasar dan mengundang kontroversi.

Artikel Berkaitan: Julia Ziegler Mengamuk Di Laman Sosial Kerana Putus Cinta?

Tanpa berselindung, jejaka yang dikaitkannya tampil mempertahankan diri dan berniat untuk saman Julia. Namun tak dapat dipastikan sama ada kes itu betul betul berlarutan hingga ke mahkamah atau tidak.

am

Masing-masing Nafi Bercinta. So Cliche…

Masih belum reda dengan kontroversi penceraian beliau, Izreen dikaitkan pula bercinta dengan pelakon berbakat besar, Amar Baharin.

Artikel Berkaitan: Adakah Awak Bibik Saya? – Izreen Berang Gosip Cinta Dengan Amar Diperbesarkan

Digandingkan bersama sebagai kekasih di dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Izreen dan Amar melalui laman Instagram mereka bagaimanapun menafikan sekeras-sekerasnya tuduhan tersebut.

Biasalah mulut manusia mana boleh kita nak tutup kan?

SKIP THIS AD ×