Lee Chong Wei memastikan pingat Olimpik keempat buat Malaysia apabila berjaya menangani tekanan, untuk layak ke perlawanan akhir perseorangan lelaki saingan badminton setelah menundukkan pemain Korea Selatan Lee Hyun-Il 21-18, 13-21, 21-13.
Pemain berusia 26 tahun itu kemudian memeluk jurulatihnya Misbun Sidek kerana terlalu gembira dapat menamatkan kemarau pingat buat negara selama 12 tahun.
Chong Wei, pilihan kedua, akan bertemu sama ada pilihan utama Lin Dan dari China atau seorang lagu pemain China, Chen Jin bagi merebut pingat emas malam Ahad ini.
Pada set pertama, Chong Wei kelihatan seperti yakin tidak menghadapi masalah untuk layak ke perlawanan akhir setelah menang 21-18 berikutan lawannya banyak melakukan kesilapan.
Bagaimanapun, pada set kedua beliau kehilangan 10 mata untuk membolehkan Hyun-Il mendahului 16-6 dan kemudian menang 21-3 bagi memaksa perlawanan berlanjutan ke set ketiga.
Pada set ketiga, Chong Wei tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila mendahului 15-10 sebelum menang 21-13.
” Perlawanan akhir itu adalah perjuangan untuk Malaysia. Kemenangan ini untuk saya dan jurulatih saya yang bekerja keras melatih saya,” kata Chong Wei selepas berakhirnya saingan sejam itu di gimnasium Beijing University of Technology.
Artikel & maklumat lanjut di Bernama Online.


congrate to chong wei!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
go, go,go……………….
Malaysia Boleh……….
tahniah wt lee chong wei
Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei di atas semua kejayaan yang beliau raih selama ini. Saya bangga dan kagum dengan Datuk Lee Chong Wei ini. Datuk LCW ada sesuatu yang Lin Dan milikki iaitu skill dan kebijaksanaan dalam permainan badminton, tetapi Lin Dan tiada sesuatu yang dimiliki oleh Datuk LCW iaitu semangat kesukanan dan kawalan emosi. Masih ingatkah perlawanan akhir China Open 2007 yang menemukan Datuk LCW dan Boa Chun Lai? Bayangkanlah jika situasi itu berlaku terhadap Lin Dan (tetapi yang pastinya takkan berlaku di China)?Apakah senario Lin Dan dilayangkan kad kuning ekoran pergaduhannya dengan Lee Hyun-Il akan berlaku lagi? Namun, tindakkan seumpama itu tidak dilakukan oleh Datuk LCW.Saya bangga dengan tindakkan Datuk LCW yang tetap meneruskan perlawanan walaupun moral beliau untuk terus bermain telah goyah…Juga masih ingatkah anda dengan tindakan kurang ajar Lin Dan di perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2006?