berita

Lee Dong Wook Buat Peminat Menggila Di Singapura, Ini Pengalaman Kami Bertemu Beliau!

April 18th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Leedongwook

Siapa kat sini peminat drama korea Goblin? Drama Goblin merupakan antara yang berjaya mencuri perhatian penonton seluruh dunia dan mendapat ranking yang agak tinggi di antara drama-drama korea yang lain. Dengan berlatar belakangkan cinta alam fantasi dan jalan ceritanya yang agak unik, tak heran kalau drama ini digilai ramai peminat k-drama seluruh dunia. Siapa yang tak tengok lagi, boleh lah tengok. Memang best weh!

Baru baru ini, kami berpeluang ke Singapore untuk berjumpa dengan Lee Dong Wook aka Grim Reaper. Pehh memang cair la tengok. Handsome tu tak payah cerita pun semua dah tahu kan? Hehe. Tapi, agaknya kenapa pula Lee Dong Wook ke Singapore? Ada apa eh?

For My Dear untuk peminatdongwook1

Rupanya Lee Dong Wook ke Singapore sempena Siri Jelajah Asia bersama peminat. Alahai sweetnya. Dia akan menjelajah ke tujuh negara Asia untuk acara bertemu peminat dan Singapore merupakan negara kedua selepas dari Korea. Bayangkan tiket di Korea, seminit dah habis. Memang fanatik betul.

Agaknya apa yang berlaku di acara Fan Meet Lee Dong Wook? Best ke? Admin boleh cakap yang memang fun dan enjoy. Thanks OhKTVAsia sebab sponsor admin ke sana. Kalau korang nak tahu OhKTVAsia merupakan antara platform yang membawa drama drama Korea ke Malaysia yang ditayangkan di saluran Oh!k (Astro Channel 394).

Kalau nak cerita apa yang menarik kat acara Meet&Greet dengan Lee Dong Wook ni, memang banyak yang menarik. Tapi admin akan highlight yang paling menarik buat korang peminat Oppa Dong Wook. Acara ini bermula jam 7.30 malam dan berakhir hampir jam 10 malam. Memang lama juga la tapi tak bosan pun. Hehe.

Antara yang menarik

ldw1

5 orang peminat akan dipilih untuk bergambar bersama Lee Dong Wook melalui cabutan bertuah mengikut tempat duduk. Namun apa yang menariknya ialah apabila mereka harus bergambar mengikut babak di dalam drama Goblin. Paling kelakar adalah babak membeli batang sup dalam terowong bersama Gong Yoo (Goblin). Bayangkan dorang bawa batang sup tu ke pentas untuk menjayakan misi babak itu. Pecah perut tengok.

Antara pemintaan peminat untuk merakamkan Lee Dook Wook kejut bangun tidur. Macam kelakar pun ada sebab permintaan yang unik. Permintaan ini telah dipilih sendiri oleh pihak Lee Dong Wook menerusi tweet di Twitter. Tak sia sia request. Hehe

Last sekali penutup, Lee Dong Wook menyanyikan lagu buat peminat. Haa sebenarnya dia bukan penyanyi tapi ni atas permintaan peminat. Dia belum lagi buat album. Hehe. Nama pun Fan Meet, so terpaksa la dia melakukan apa sahaja peminat suruh. Giteww. Satu hall tu berpeluang Hi-Touch dengan Lee Dong Wook tau. Jangan jeles. Hehe

Hotel King!

1418646540_hotel-king-landscape

Sempena Siri Jelajah Asia Lee Dong Wook, Oh!K akan menayangkan satu drama yang dibintangi oleh Lee Dong Wook bertajuk Hotel King. Excitednya! Bermula 23 April ni pada setiap hari Ahad jam 2 petang. Paling best drama ini bakal ditayangkan 4 episode sekaligus. Fuyoo! Best nya. So buat peminat oppa, jangan lupa temu janji anda!

Sedikit sinopsis mengenai drama Hotel King ini :

dw
Kisah perjuangan seorang waris hotel yang bertahan untuk menjaga hotel 7 bintang miliknya dengan bantuan seorang pengurus yang sebenarnya ada niat ingin membalas dendam atas sebab tertentu. Hubungan mereka mula bertukar cinta, namun tanpa disangka mereka mendapat tahu rahsia yang tersembunyi di sebalik kematian mendiang pengerusi hotel itu.

Jadi, apa kesudahannya drama ini? Kalau nak tahu lebih lagi, jom tengok drama Hotel King ini pada 23 April ini di saluran Oh!k (Astro Channel 394) Jeng..jeng..jeng.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×