berita

Lelaki Ini Terlepas Majlis Konvokesyen Kerana Train Alami Masalah & Selepas Itu, Ini Yang Terjadi..

June 2nd, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Semalam viral di Twitter apabila seorang lelaki ingin pergi ke majlis konvokesyen, tetapi hari yang ditunggunya itu tak kesampaian bila train yang dijadualkan pukul 8 pagi mengalami masalah teknikal. Penumpang terpaksa tunggu selama 2 jam untuk tunggu keretapi penyelamat sampai.

Untuk buat lelaki itu lupakan seketika kesedihan tidak dapat hadir ke majlis konvokesyen, lihat apa reaksi penumpang lain untuk raikan lelaki tu..

Majlis konvo di dalam train

Lelaki yang bernama Jerich Alcantara (22 tahun) ingin hadir ke majlis konvokesyen yang dijadualkan pada 10 pagi, tapi hajat mereka tak kesampaian kerana keretapi yang dinaiki mengalami masalah teknikal. Mereka dan penumpang lain terpaksa tunggu selama 2 jam untuk keretapi lain sampai.

Untuk raikan kejayaan Alcantara, rakannya dan penumpang lain telah buat majlis kecil untuknya. Rakannya juga telah buat sijil ‘fake’ untuk Alcantara.

Video tersebut telah mendapat lebih 33k perkongsian di Twitter dimana ramai yang memuji sikap prihatin penumpang lain untuk buat Alcantara ceria di hari malangnya itu. Alcantara juga ucapkan terima kasih kepada semua yang berada dalam keretapi meraikan kejayaannya.

Sumber: Twitter Joel Franco, CNN

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×