Laman Utama » Berita Terkini

Nur Hawa Zainal Abidin, 20, atau lebih senang dipanggil Wawa Zainal adalah artis wanita yang baru meningkat naik dalam bidang seni hiburan. Kelibatnya dalam drama A’na Lulu benar-benar memberikan kesan kepada para penonton dengan watak gedik dan manja yang dilakonkan.
Anak ke-8 daripada 11 orang adik beradik ini mula menapak dalam industri hiburan apabila dia menghantar foto kepada MIG Production secara suka-suka tanpa menyedari yang dia bakal memulakan hidup baru sebagai seorang pelakon. Berasal dari Sabah, Wawa mempunyai darah campuran Melayu Brunei – Pinoy (Filipina) dan itu jelas tergambar di wajahnya yang cantik.
Namun begitu, sebagai seorang artis yang meningkat naik, Wawa telah menimbulkan kontroversi apabila gambar seksinya tersebar di laman-laman internet dan forum. Ketika ditemubual oleh OHBULAN! sebentar tadi, Wawa menjelaskan,
“Gambar tersebut diambil ketika saya belum menjadi artis lagi, dan pada waktu itu saya memakai rambut palsu dan saya sengaja mengambil gambar itu untuk suka-suka. Tapi sebelum ini telefon bimbit saya telah hilang dan mungkin saya telah disabotaj.”
Ditanya jika dia sengaja menyebarkan gambar itu untuk mendapatkan populariti, Wawa dengan tegas berkata,
“Saya mahu orang mengenali saya melalui bakat dalam diri saya. Namun apabila sudah terjadi hal sebegini, saya terpaksa hadapi pandangan orang lain walaupun dalam hati ini rasa takut sekali.”
Apabila ditanya mengenai gambarnya bersama seorang lelaki yang tersebar di internet, dia menjawab,
“Lelaki itu hanya saudara rapat saya dan kami memang sudah kenal dari kecil lagi. Bukannya teman lelaki seperti yang digembar-gemburkan.” ujar gadis putih melepak ini.

Wawa turut memberitahu kami siapakah pelakon lelaki popular yang diingininya jika diberikan peluang untuk berlakon bersama,
“Jika diberikan peluang untuk berganding bersama pelakon lelaki yang popular, saya teringin untuk berganding bersama Aaron Aziz.” ujarnya lagi sambil ketawa.
Dia turut memasang niat untuk memegang watak yang lebih positif memandangkan kesemua drama yang dibawanya sebelum ini hanya sebagai seorang yang manja dan mengada-ngada.
Wawa Zainal kini sedang menjalani penggambaran untuk drama terbarunya, Klik Musim 2. Gambar kontroversi Wawa Zainal selepas ini.






dia ni walaupun watak dia gedik dalam Klik, entah kenapa sy tak meluat tengok dia :|
comel minah ni… i like… tp sexy bangattt lorr…
alahaiii , putihnya diaa
comel n sweet!manja yg x dibuat2 like nora danish.yeay.gamba cenggini biasa la org msti sabotaj punye.kata artis kan!
sokong tu hotmama…nora danish gedik & manja yang di buat2…x sesuai ngan umo yang dah tua kan….tak suka nora danish…..!!! wawa so cute sangat….
muka comel..dia berlakon pun best..
dia so comel, even I’m a girl but I admit, she’s natural cute n her acting in drama Impian Raya Emelyn was awesome :)
minat sgt ngan wawa nie…walaupun dier berlakon gedik, tp best lakonan nyer…. x nampak cm gedik yg dibuat2..cm natural gitu..hihihi…. pape pon, suka tgk dier…cantik sgt lorrr…..
cantek, lurah disensored plok.. ahuahauha :P sry, my bad!
yg ini baru betol natural cantek nye.. :)
btol2… walaupn nmpak gedik watak blakon tp perasaan benci pada beliau tidak timbul..cewahh
org sabah cute2 la.suka tengok.kalau dtg sabah msti ramai lagi muka cenggini
x pon.. i bljr kt sane.. biase jer muke dieorg tuh.. sama jer cam muke org smnjg… emmm…
Minat tgk wawa dr klik lg.. Comel lote.. Kecik je.. Dan watak gedik dia nmpk natural.. Adik beradik 11 org.. Mesti semua comel2 mcm wawa gak..
wah3..kemain gambar last tu..
halaaa..gmbr longkang pn mau blur…hipokrit…
comel sgt… i loikeeee
korang semua cam lalang la..dia ni seksi suka pulak..cuba kalau artis lain yg seksi kutu bukan main. haha. papun i admit dia ni mmg cute miut..
urang sabah rupanya ko ni wawa…hehehe..
so cute & talented..suke tgk klik sbb nk tgk pompuan ni tergedik2.. xpayah nk cover2 pun berlakon tuh
ppuan Sabah memang lawa2..putih,byk mix kan…^^,hehehe..
Awek2 Sabah memang ramai yg cun tapi bila cakap, potong stim! Cakap macam Indon..terus teringat pd bibik kat rumah..mcm bercakap dgn bibik lak..
c0mel…..xkesah la…lantak la die cmne p0n…
dia natural beauty…..:)
cantek laaa….suka tgok wawa…