Foto: Lily Cole, Selebriti Berwajah Patung Barbie - OHBULAN!

berita

Foto: Lily Cole, Selebriti Berwajah Patung Barbie

May 3rd, 2012 | by Ell | 3 comments
Kini Trending

Pernah terfikir tentang manusia yang mempunyai wajah seakan-akan patung Barbie? Ya, OHBULAN! pernah melihat gambar-gambar wanita di carian google yang mempunyai wajah seperti patung Barbie, tapi itu semua melalui pembedahan plastik

Tidak tahu samada kami yang ketinggalan atau wanita yang bernama Lily Cole ini baru saja diturunkan dari langit, tapi wajah model berusia 23 tahun ini memang mempunyai sedikit persamaan dengan patung Barbie, lagi-lagi apabila sudah dipakaikan mekap.

Lily Cole mula menjejak dunia glamour melalui bidang peragaan seawal umur 14 tahun lagi apabila dia ditemukan oleh Benjamin Hart di London. Lily Cole pernah menjadi model untuk produk berjenama seperti Anna Sui, Hermes, Moschino, Prada, Chanel, Cacharel dan banyak lagi.

Pada tahun 2007, Lily Cole mula terlibat didalam bidang perfileman dengan melakonkan watak-watak kecil sahaja dan pada tahun 2009, Lily telah diberi kepercayaan untuk membawa watak Valentina didalam filem berjudul “The Imaginarium Of Doctor Parnassus”. Filem itu turut dibintangi oleh Heath Ledger, Johnny Depp, Colin Farrell dan Jude Law.

OHBULAN! rasa Lily Cole tak ubah seperti patung, anda?

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

3 Comments