Linda Onn Sah Kahwin Kerabat Diraja - OHBULAN!

berita

Linda Onn Sah Kahwin Kerabat Diraja

December 19th, 2013 | by Ell | 10 comments
Isu & Kontroversi

lindaonn

Terkejut juga kami bila mendengar pengacara dan juga penyampai radio popular, Linda Onn bakal berkahwin minggu depan.

Bukan sahaja pengacara berusia 36 tahun ini berjaya menyembunyikan hubungan cintanya, lebih menarik lagi, Linda bakal berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan diraja.

Tidak menyatakan asal kerabat bakal suaminya itu, Linda Onn melalui sebuah akhbar online mengesahkan sendiri berita yang dilaporkan oleh Utusan semalam.

“Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini.

“Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah.” – dipetik dari mStar Online

Menerusi laporan yang sama, pengacara tinggi lampai ini mengakui dia bakal mengadakan majlis perkahwinannya pada 27 Disember depan di kampung halamannya, Johor Bharu, secara sederhana.

Untuk pengetahuan, Linda Onn sebelum ini pernah putus cinta dengan pelakon kacak, Fahrin Ahmad, sebelum kembali solo.

Tahniah diucapkan dari kami, semoga berbahagia.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

10 Comments

  1. mizz says:

    “Thumbs Up” saya suka sikap seperti anda tup2 tak kecoh2 ada jodoh terus kahwin.

    Thumbs Up again……Luv u mennnn….

    (0)
  2. winyna says:

    baguslah..dh nak kawin.. taklah sunyi sendu idup nanti.

    (0)
  3. olga says:

    perlu ke bgtau kerabat?

    (0)
  4. piah bedah says:

    Tunggu fafau kawen pulak kakak dia dah nak menamatkan zaman dara dah…

    (0)
  5. olga says:

    hahahahaha….bajet diva

    (0)
  6. wuina says:

    apalah yg nk secret sgt tuh… mengalah diva plak kannn.. slalu kalau secret2 nk kawin nih mesti tak best.

    (0)
  7. bluR says:

    korang nie… kata diva bagai.. bgusla dia sorok.. sblum kawen.. bnyk retis dok tyg2 bf ke gf ke… x kawen… tuptup clash… baik senyap2.. tau2 dh nk kawen minggu dpn… malu seh… tunjuk2… 2 3 kali tp x jd kwen…

    (0)
  8. Atan bin Jantan says:

    first wife or second, third…..?

    (0)