berita

“LIPICE Teman Karib Saya” – Wawa Zainal Dilantik Sebagai Duta Produk

April 25th, 2012 | by M | 2 comments
Trendsetter

LIPICE Teman Karib Saya   Wawa Zainal Dilantik Sebagai Duta Produk

Pelakon yang sedang meningkat naik, Nur Hawa Zainal Abidin, atau lebih dikenali sebagai Wawa Zainal telah terpilih di kalangan semua rakyat Malaysia untuk menjadi duta baru Lipice, jenama nombor satu dalam kategori pelembap bibir. Wajah Wawa bakal menghiasi iklan baru jenama tersebut dalam TV dan media cetak yang dijangka akan disiarkan pada bulan Mei 2012.

Ketika mengulas pemilihan beliau sebagai duta jenama baru dari Lipice, Wawa Zainal berkata, “Saya sememangnya peminat setia produk-produk Lipice. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada jenama yang begitu komited untuk membuat anak-anak gadis kelihatan cantik dan lebih yakin pada bila-bila masa dan di mana jua. Ia bagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan”.

LIPICE Teman Karib Saya   Wawa Zainal Dilantik Sebagai Duta Produk

“Lipice telah menjadi teman karib saya sejak begitu lama. Ia mula diperkenalkan oleh abang saya sejak di zaman sekolah menengah dahulu dan ia telah menjadi jenama yang selalu digunapakai saya semenjak itu”, kata gadis penuh bertenaga yang produk penjagaan bibirnya kebetulan adalah Lipice Sheer Colour yang diperkenalkan oleh abangnya apabila beliau berumur 14 tahun.

“Lipice adalah rakan karib yang sentiasa bersama saya pada setiap hari dan tanpanya, saya berasa tidak lengkap. Saya bergantung kepadanya untuk segera melembap dan menyegarkan bibir bagi menyerlahkan kecantikan saya, mengikut watak yang akan dilakonkan, pada situasi-situasi yang berbeza. Terutama sekali dengan jadual saya yang padat, Lipice memberikan saya keyakinan semula jadi untuk melakukan yang terbaik semasa penggambaran”, kata Wawa, yang kini sibuk dengan drama terbarunya Pada Suatu Ketika Dahulu.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

2 Comments