berita

Luah Perasaan Di Instagram, Emma Maembong & Zizan Razak Bergaduh?

July 7th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-06 at 8.12.59 PM

Nampaknya nama Zizan Razak dan Emma Maembong agak ‘hot’ sekitar dua tiga minggu kebelakangan ni. Saban hari ada sahaja isu yang melibatkan merpati dua sejoli ini.

Artikel Berkaitan: Masalah Zizan Razak, Marina & WireFame : Betul Ke Emma Jadi Punca?

Dikatakan menjadi ‘dalang’ kepada konflik Wirefame Entertainmet (WFE), Emma Maembong bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan ingin pihak yang menuduhnya itu mengemukakan bukti.

Namun, sekeping foto yang dimuat naik Emma di laman Instagramnya menjadi perhatian ramai sekaligus menganggap bahawa hubungan pasangan tersebut kini sedang bergolak.

Screen Shot 2014-07-06 at 7.58.20 PM

‘Deep’ betul statement Emma ni

Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang menasihati Emma supaya bersabar dengan dugaan sepanjang bercinta yang sudah tentu ada pasang surutnya.

Adakah luahan perasaan itu ada kena mengena dengan hubungan mereka? Hanya Emma dan Zizan yang boleh menjawab pertanyaan tersebut.

Jika benar percintaan mereka sedang bergolak, diharapkan mereka dapat menemui jalan penyelamat bagi hubungan mereka. Adat orang bercinta, sudah tentu ada dugaanya kan.

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×