berita

Luahan Rindu Yang Sangat ‘Deep’ Oleh Zamarul Hisham Buat Diana Rafar

March 24th, 2015 | by Wan
Lensa Insta

diana

Setelah hampir 6 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, peminat dikejutkan dengan kisah perceraian pasangan Zamarul Hisham dan Diana Rafar sekitar Januari lalu.

Artikel Berkaitan : Diana Rafar Sah Bercerai Dengan Zamarul Hisham

Tidak mahu berkongsi punca disebalik perpisahan ini, Zamarul bagaimanapun mengakui apa yang berlaku ada hikmahnya dan berharap dapat kembali bersama isteri seperti dahulu.

Foto terbaru yang dimuatnaik oleh Zamarul ini jelas menceritakan segala-galanya.

Tak Rindu Juga Ke?

Mungkin dek terlalu rindu akan bekas isterinya, Zamarul bertindak memuatnaik foto mereka berdua beserta kapsyen yang begitu menyedihkan.

Walaupun kapsyen Zamarul mungkin sedikit kasar tetapi mesej yang ingin disampaikan cukup jelas, betapa dia merindui Diana Rafar. Malah Zamarul kerap memuatnaik foto anak mereka, Kashfi Haiqal.

Peminat Doakan Yang Terbaik

Screen Shot 2015-03-23 at 11.27.03 PM

Foto yang dimuatnaik oleh Zamarul ini turut mendapat perhatian peminatnya yang tidak putus-putus mendoakan agar pasangan ini kembali dipertemukan jodoh.

Peka dengan sokongan peminat, Zamarul sempat menzahirkan rasa terima kasih atas doa yang dipanjatkan.

Screen Shot 2015-03-23 at 11.27.27 PM

Apa-apa pun kami di OHBULAN! mendoakan agar ada sinar baru di dalam kisah rumahtangga Zamarul dan Diana Rafar.

SKIP THIS AD ×