berita

‘Ma Sayang Abang’- Anak Terjumpa Surat ‘Terakhir’ Ibu, Jemaah Haji Mati Dihempap Kren Di Mekah

February 12th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

ma

Pada September lepas satu dunia dikejutkan dengan tragedi menyedihkan yang berlaku di Mekah. Kren tumbang dan telah meragut nyawa ramai para jemaah haji di sana. Seramai tujuh jemaah haji dari Malaysia yang terkorban dalam insiden tersebut.

Walaupun perkara itu telah lama berlaku, beberapa hari lepas anak kepada Allahyarham Rohana Ismail telah menjumpai surat yang ditulis oleh ibunya sebelum berangkat ke Mekah. Ya Allah sedihnya..

‘Mohon tidak menangisi pemergian Ma..’

Surat ini dipercayai ditulis oleh Allayarham Rohana Ismail  untuk suaminya, Muhammad Noor Harun sebelum berangkat ke Mekah pada 9 September lepas. Walaubagaimana pun, dua hari lepas, anak keempatnya, Siti Nur Adilah Muhammad Noor telah menjumpai surat tersebut di rumah keluarganya (Kuala Krai, Kelantan).

Tidak tahan sebak, Siti Nur Adilah kemudiannya memberikan surat berkenaan kepada abangnya, Muhd Hafizan Muhammad.

Ini antara isinya..

Ma harap, sekiranya Ma tiada lagi di dunia ini, Ma mohon agar abang jagalah anak-anak dengan baik. Mudah-mudahan sekiranya Ma tiada lagi, Ma mohon agar abang dan anak-anak tidak menangisi pemergian Ma.

Sedih, pilu bila baca surat tersebut..

Muhd Hafizan tidak dapat membendung kesedihan lagi bila baca surat itu. Isi surat tersebut seolah-olah tahu ibunya akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Saya tidak dapat menahan air mata dan berasa sangat pilu apabila membaca surat ibu.

Kami pernah kemas meja di ruang tengah rumah, tapi tidak jumpa surat itu. Tidak tahu macam mana adik boleh jumpa, mungkin ibu sengaja letak di situ supaya senang sesiapa jumpa.

Abah pun tidak dapat menahan kesedihannya. Terlalu banyak kenangan bersama Ma.

‘Rindukan arwah Ma..’

Selain itu, Muhd Hafizan masih terasa kehilangan dan rindukan ibunya..

Saya sangat merindui senyum tawa Ma, gurauan mesranya dengan Abah dan kami adik-beradik serta masakan Ma.

Terlalu banyak yang saya rindukan mengenai arwah Ma kerana dia selalu memberikan pesanan dan nasihat kepada kami.

Muhd Hafizan juga memuatnaik surat berkenaan ke laman Facebook miliknya untuk memberitahu saudara mara mengenai hal itu.

‘Ma sayang abang & anak-anak’

Dalam isi surat itu juga Allahyarham turut meminta maaf kepada suaminya dan berpesan agar menjaga kelima-lima anaknya serta mendoakannya.

Abang dan anak-anak doakanlah agar roh Ma sentiasa sejahtera di akhirat.

Innalillahiwainnailaihirajiun. Sesungguhnya Ma sayang abang dan anak-anak dunia dan akhirat.

Allahyarham Rohana antara tujuh jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam tragedi kren tumbang yang menghempap bangunan Masjidil Haram.

Selain Siti Nur Adilah dan Muhd Hafizan, Allahyarham punyai tiga lagi anak iaitu Siti Awanis, Siti Hamimi dan Muhd Shafiq.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×