berita

Madah Kecewa Hanis Zalikha Untuk Siapa?

September 30th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

hanis

Kalau sebut je nama Keknis, pasti korang semua terbayangkan wajah si manis Hanis Zalikha, betul tak? Rasanya dah lama juga kami tak menulis mengenai pengacara program Raikan Cinta ni.

Namun semalam, selebriti wanita yang digosipkan bercinta dengan pelakon Hairul Azreen ini telah memuat naik sebuah sajak dilaman instagram miliknya.

Bila kami baca dan hayati bait-bait penulisan Keknis ini, bunyi seperti sedang kecewa je. Aik, takkan frust dengan Hairul Azreen kot? Setahu kami, mereka ni tak pernah pun mengaku bercinta, takkanlah tiba-tiba kecewa. Pelik ni!

Screen Shot 2014-09-29 at 5.01.56 PM Screen Shot 2014-09-29 at 5.02.10 PM

Yang paling menarik perhatian kami adalah sepotong ayat berbunyi ‘Tidak berlari tak bermakna aku tidak pergi’. Amboiii, lari dari siapa tu Keknis?

Kalau korang nak tahu, pengikut Keknis di Instagram pun seolah-olah memahami perasaan gadis tersebut. Mana taknya, bukan main ‘deep’ lagi madah Keknis tau.

Namun, bila kami scroll kesemua komen-komen yang diberikan, barulah kami faham bahawa puisi itu sebenarnya ditulis pada tahun 2009 dan merupakan salah satu karya Keknis dalam blog kepunyaannya.

Jadi bukanlah ditujukan kepada mana-mana jejaka. Ni bukan kami yang memandai tau, tak percaya baca sendiri penjelasan Keknis ni.

Screen Shot 2014-09-29 at 5.02.33 PM

Haa, pada kami, Keknis memang berbakat dalam menghasilkan puisi dan madah. Silap hari bulan, jangan terkejut kalau lepas ni Keknis jadi penulis lirik pula. Kelass kau!

Apapun, jom kita layan dulu foto terbaru Keknis yang manis ni.

Kredit Foto : Instagram Hanis Zalikha

SKIP THIS AD ×