berita

Mamat Khalid Kecewa Dengan Emma Maembong & Zizan Razak

February 27th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

mamat khalid bengang emma & zizan

Tidak. Kali ini bukan soal percintaan on-off antara Emma Maembong dan Zizan Razak. Tapi lebih ‘panas’ lagi apabila pengarah filem, Mamat Khalid dikatakan kecewa dengan sikap mereka berdua.

Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mamat Khalid di Harian Metro jelas menujukkan bahawa dia berkecil hati dengan Zizan dan Emma apabila mereka tidak hadir di pratonton filem Werewolf. Aik. Watak utama tak datang? Hurm.

Mereka Bukannya Tak Tahu!

Screen Shot 2015-02-27 at 11.17.34 AM

“Kalau diikutkan rasa kecewa, itu memang ada. Bagaimanapun, saya cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Apatah lagi, mereka bukannya tidak tahu mengenai acara tayangan perdana bersama media pada malam ini.”

Minta Zizan Bantu Promosi

Screen Shot 2015-02-27 at 11.18.33 AM

“Apapun, saya juga pernah berbicara dengan Zizan di aplikasi Whatsapp untuk dia membantu sedikit sebayak promosi bagi filem ini.

Antaranya, saya ada menghantar bahan untuk promosi filem seperti poster dan laman web video klip untuk Zizan bantu promosikan di laman sosialnya.”

Zizan & Emma Perlu Beri Penjelasan

Screen Shot 2015-02-27 at 11.19.18 AM

“Justeru, kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang andaian dan berharap mereka dapat tampil memberi penjelasan masing-masing.

Bagaimanapun, dari sudut pandangan saya kalau difikir-fikirkan balik saya yang perlukan mereka (pelakon) untuk menghasilkan filem ini. Saya yang beri tawaran kepada mereka.

Jadi, saya terpaksalah terima keadaan ini. Apa lagi, saya melihat diri adalah seorang pengarah yang kerdil dalam industri ini.

Saya tetap yakin pada kekuatan filem ini meskipun dua orang watak utama itu tidak hadir untuk mempromosi filem lakonan mereka.”

Zizan Sibuk Promosi Filem Cicakman & Emma Shooting Drama

Oh ya. Kalau tak salah kami, Zizan sekarang ni sedang sibuk dengan promosi filem ‘Cicakman 3’ yang bakal ditayangkan pada 12 Mac ini.Sementara  itu, Emma pula kami lihat sedang menjalani penggambaran drama ‘Isteri Separuh Masa’.

Hurm. Harapnya mereka tak pilih bulu la ye! Walaupun berlambak ‘job’ lain, tapi mereka kena faham juga komitmen yang diperlukan oleh pengarah untuk promosi kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×