berita

Man Bai Dedah Hubungan Skandal Isteri Dengan Lelaki Singapura Terjalin Sejak 2008

October 1st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Man-Bai-Mengamuk-MEDIAMALAYA-1

Suami mana yang tak rasa tercabar bila sang isteri diganggu oleh lelaki lain, betul tak? Lebih menyakitkan lagi bila mengetahui hubungan tersebut tak bertepuk sebelah tangan.

Perkara ini mula dihidu media sekitar minggu lepas apabila Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman mengeluarkan status berbaur amaran dipercayai akibat terlampau geram dengan tindakan lelaki warga Singapura yang masih menganggu isterinya.

Terbaru menerusi kenyataan Man Bai di akhbar Harian Metro, penyanyi itu mendedahkan hubungan skandal antara lelaki berkenaan dengan isterinya pernah terjalin pada 2008 lagi namun terhenti seketika selepas diberi amaran.

Artikel berkaitan :

MANBAI2

Saya pernah beri amaran kepada dia sebelum ini, tapi nampaknya dia benar-benar mahu mencabar saya! Semua bukti saya sudah kumpul dan saya akan bawa ke pihak berkuasa dalam sehari dua.

Lelaki itu pernah memikat dan menjalin hubungan dengan isteri saya di FB sekitar 2008 hingga 2012. Apabila saya dapat hidu perbuatan mereka berserta bukti pada 2012, saya beri amaran kepada lelaki itu dan isteri untuk menghentikannya.

Selepas itu keadaan okay tapi pada minggu lalu saya dapat kesan lelaki yang sama muncul semula di FB dan menjalin hubungan dengan isteri saya. Cuma kali ini dia guna identiti palsu untuk mengaburi mata saya. Saya tak bodoh dan akhirnya dapat juga kesan dia lelaki yang sama.

IMG-20141001-WA0005

Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 1 Oktober 2014

Apabila berlaku situasi macam ni, mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan Man Bai dan isterinya tapi menurut penyanyi Kau Ilhamku itu, dia akan cuba mempertahankan rumahtangga mereka selagi boleh.

Saya sedar dan akui ramai yang bercakap kalau bertepuk sebelah tangan tak mungkin hal ini jadi melarat tapi orang luar hanya boleh buat tanggapan masing-masing. Cerita sebenar hanya saya dan isteri saja yang tahu. Kalau boleh, saya mahu pertahankan dan pulihkan semula keadaan.

Apa yang boleh kami katakan sekarang, Man Bai dan isteri seharusnya duduk berbincang dan kami harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin supaya tak menjadi lebih teruk.

SKIP THIS AD ×