berita

Mana Nak Dapat Rawatan Spa Terbaik Dengan Harga Berbaloi? Kami Tahu Tempatnya!

June 17th, 2014 | by Noraniza
Make-It-Senang

 

the asia spa-2

Penat! Setiap hari, pasti perkataan itu diluahkan apabila menjejakkan kaki ke rumah. Mana taknya, keluar rumah seawal jam 9 pagi dan paling awal dapat balik pun sekitar 6 petang. Tapi, kalau ada event, boleh terlajak sampai tengah malam. Fuh!

Tapi, itukan sumber rezeki. Mahu atau tidak, kena juga buat demi mencari sesuap nasi. Disebabkan itu, rasanya tak salah nak melaburkan duit sedikit untuk manjakan tubuh badan setiap kali terima gaji hujung bulan kan?

Bila Google ‘spa terbaik di Malaysia’, nama The Asia Spa terus muncul di halaman utama. Ingatkan mahal, rupanya harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan tanpa ragu-ragu saya pun terus Whatsapp ibu kesayangan untuk joint treatment di sini. Mana best buat treatment seorang diri kan?

 

the asia spa-5

Melangkah sahaja ke The Asia Spa dah dapat bau harum herba semerbak

Lokasi spa ini sangat mudah dan strategik. Terletak di Jalan Yap Kwan Seng, rasanya pasti ramai yang terus menyinggah di KLCC usai membuat rawatan kan? Samalah kita. Eh.

Sebaik sahaja masuk ke spa tersebut, kami telah disambut dengan ramah dan juga diberikan 2 cawan Teh O Halia. Katanya, sangat baik untuk perjalanan darah.

Jadi, kami pun terus melihat pakej yang ingin diambil. Disebabkan badan sudah terlalu letih, kami sepakat untuk memilih  full body massage yang mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Haa.. seronokkan?

the asia spa-1

Ruang menunggu The Asia Spa

Pakej tersebut termasuklah foot spa, full body balinese massage, aroma eye pillow treatment, full body fruity scrub,  balinese back massage, full body silky milk mask application dan akhir sekali ialah rain bath.

Semestinya full body balinese massage jadi favorite okay! Nak tahu kenapa? Sebabnya, kesemua therapist The Asia Spa memang sudah diberi latihan penuh secara profesional untuk mengurut pelanggan dengan teknik yang betul.

Yang paling best bila therapist menggunakan ibu jari untuk mengurut tempat yang lenguh-lenguh. Memang rasa ringan je badan lepas tu.

Tapi bagi mereka yang tak biasa dengan urutan yang kuat, boleh juga request untuk urutan yang lebih lembut. Ikut keselesaan masing-masing.

Rawatan full body fruity scrub juga tidak kurang seronoknya. Terasa badan sangat licin dan wangi dek haruman daripada skrub buah-buahan.

the asia spa-6
Boleh berjacuzzi tau dekat sini!

Antara rawatan menarik lain yang disediakan ialah Micro Lifting Facial Therapy, Bamboo Massage Detox, Relaxing British Indian Head Massage dan banyak lagi.

Mungkin juga disebabkan pakej serba lengkap yang disediakan, The Spa Asia telah dinobatkan sebagai ‘Best Day Spa’ dan ‘Best Customers Service’ oleh Tourism Malaysia.

Bagi saya, harga yang ditawarkan adalah berbaloi dengan rawatan yang diterima. Tidaklah terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah. Malah, layanan yang diberikan mereka juga terbaik!

Anda berminat nak try beberapa treatment di sini? Apa lagi, boleh terus hubungi The Asia Spa di talian 03-2289 0900 / 1300-88-9666. Kalau dah cuba, jangan lupa komen di sini ya!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×