berita

Manalah Dia Tahu Hutang Bapa Dia – Den Wahab Jawab Sindiran Shila Amzah

October 2nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

shila

Nampaknya selepas menggoncang industri hiburan dengan episod persengketaan dengan wartawan, Shila Amzah kembali dengan kontroversi terbaru.

Eh eh bukan kami nak cari kesalahan Shila tau, tapi setiap status yang dimuat naik oleh pelantun lagu ‘Patah Seribu’ ini dah menjadi viral.

Nak tahu apa? Hmm, Shila Amzah dipercayai telah menempelak Den Wahab melalui laman Twitter. Amboiii kemain ‘loud’ lagi. Hihihi.

comment3

Kalau korang nak tahu, menurut empunya diri, Shila hanya bersuara untuk mempertahankan keluarga. Malah, katanya isu hutang tersebut langsung tiada.

Hmm, yang buat kami pelik tu, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang kan? Melainkan ada monyet atas pokok tu. Tetapi mana yang menggoncang dan digoncang serta tergoncang? Tepuk dada tanya selera.

shilahamzahpcndlalal

Hari ini pelakon dan penerbit Den Wahab pula tampil untuk menjawab sindiran Shila. Menurut laporan Harian Metro, dia enggan ambil pusing dengan status penyanyi itu.

Biarlah dia nak komen apapun. Dia bukan tahu pun hutang bapa dia. Yang penting Allah Maha Mengetahui.

Dia masih kecil lagi masa itu, manalah dia tahu hutang bapa dia. Biarlah dia nak kata apa pun. Kalau dia (ND Lala) tak berhutang takkan saya gila pula nak kata dia berhutang secara tiba-tiba.

Kalau dia bayar pun saya akan sedekahkan pada anak yatim dan rumah tahfiz saja. Satu sen pun saya takkan ambil.

Kalau difikirkan, ada benarnya juga kata Den Wahab ni. Iyalah, mana ada orang nak heboh mengenai hutang orang jika ia tak benar kan. Lagi-lagi, kami difahamkan ND Lala pernah menjadi sahabat baiknya satu ketika dulu.

Apapun, pendapat kami, apa kata Shila buat sidang media dan jemput Den Wahab bersama sekali. Mana tahu boleh selesaikan masalah kan.

p/s: Bila duduk di tempat tinggi, nampak semuanya kecil saja dibawah.

Kredit Foto : Instagram Shila Amzah

SKIP THIS AD ×