berita

Maruah Saya & D’herbs Tak Perlu Diperkecil – Respon Datuk Aliff Syukri Terhadap Teguran Nik Abduh

January 17th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulanaliffabduh

Semalam kami ada berkongsi teguran daripada Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia Nik Mohamad Abduh terhadap jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri. Teguran itu berkenaan dengan iklan-iklan produk D’herbs dari syarikat Datuk Aliff.

Artikel Berkaitan : Beliau Memang Terlajak Baik & Mesra Tapi.. – Teguran Nik Abduh Kepada Datuk Aliff Syukri

Hari ini, Datuk Aliff menerusi akaun Instagram miliknya mengeluarkan kenyataan beliau menghormati teguran itu namun terkesan dengan komen negatif yang diterima daripada netizen dek kerana teguran itu.

Tiada masalah ditegur cuma terkilan

Screen Shot 2017-01-17 at 5.41.02 PM

Saya sedia terima teguran tapi…
Agak terkejut juga saya bila timbul isu berkenaan iklan yang dikeluarkan untuk Produk “Magic Wax” D’herbs di Akhbar Sinar Harian baru- baru ini. Lebih- lebih lagi perkara tersebut ditegur secara terbuka oleh Tuan Nik Mohamad Abduh di laman Facebook beliau. Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberikan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau. Saya akui saya memang tidak ada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya. Saya sebagai seorang usahawan kosmetik yang membawa jenama D’herbs terutamanya terpalit dengan kecaman mahupun komen- komen tidak membina hasil daripada teguran secara terbuka yang telah dibuat. Sejujurnya, syarikat saya ternyata bertungkus- lumus untuk meningkatkan dan mempertahankan perniagaan kami dalam keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dari segi pengiklanan untuk menarik minat pelanggan namun apabila perkara ini terjadi, jenama D’herbs serba- sedikit dipandang negatif oleh masyarakat. Sesungguhnya, bukan mudah untuk saya membina perniagaan dan bertapak dalam dunia kosmetik ini. Tidak mudah juga untuk saya menempuh segala dugaan dan cabaran bersama- sama tulang belakang syarikat sehingga namanya dikenali kini.

Namun bak kata orang, “meruntuhkan sesuatu itu lebih mudah daripada membinanya”. Perkara ini sebenarnya yang menjentik hati saya untuk berbicara. Bagi saya, lebih molek sekiranya saya ditegur secara peribadi berbanding secara terang- terangan agar perkara tersebut tidaklah memalukan. Saya faham niat beliau adalah amat murni agar saya menambahbaik pengiklanan yang akan dikeluarkan pada masa akan datang tetapi maruah saya dan D’herbs terutamanya tidak perlulah diperkecilkan sebegitu.
Saya percaya bahawa menegur itu biarlah kena pada tempatnya dan tidak sampai mengaibkan. Saya berpegang pada satu kata- kata, “Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki…”
Buat akhirnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu adalah dari sy.

Sumber : Aliff Syukri

SKIP THIS AD ×