berita

Masih Sorok Wajah Anak, Scha & Awal Pilih Nama Lara. Macam Mana?

August 11th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

9B0341D33CB6F81564536BC2DF321

Ingat lagi tak huruf ‘L’ yang tertera di kek hari lahir Awal Ashaari? Haa, pasti ramai yang meneka huruf tersebut merupakan initial nama bayi Awal dan Scha kan?

Artikel Berkaitan : Happy Birthday Awal & L… – Eh, Nama Siapa Tu?

Yeayy! tepat tekaan korang semua. Semalam, melalui laman Instagram milik Scha, dia ada memuat naik sekeping foto dengan kapsyen Salam and good morning from mummy and Baby Lara. Have a great Sunday’.

Nah! kepada peminat yang tertunggu-tunggu nama baby #Schawal, penantian korang dah berakhir. Hehe. Sedap kan nama anak pasangan selebriti ini.

Screen Shot 2014-08-11 at 9.43.53 AM Screen Shot 2014-08-11 at 9.44.04 AM

Bagaimanapun, nama penuh baby Lara masih belum diumumkan, wajahnya pun masih lagi menjadi misteri. Nampaknya Scha dan awal betul-betul mahu peminat berteka-teki lagi.

Melalui beberapa komen di Intagram Scha, ada juga yang masih meneka nama penuh Lara. Antaranya Lara Latisya, Lara Juwita, Lara Sofea, macam-macamlah.

Apapun, kami tetap menunggu nama penuh baby Lara dan wajahnya. Kami yakin Lara pasti mewarisi kejelitaan ibunya kan? Nak teka lagi tak nama penuh baby Lara? Jom!

Kredit Foto : Instagram Awal & Scha

SKIP THIS AD ×