berita

Mati Di Usia 40, Paul Walker Ubat Rindu Peminat Dalam Filem Ganas, Brick Mansions

February 28th, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

Brick Mansion

Peminat industri hiburan antarabangsa pasti masih terasa akan kehilangan aktor yang sangat berbakat dan digilai ramai iaitu Paul Walker.

Pasti ramai yang bersetuju jika dikatakan pemergian Walker pada 30 November tahun lalu terlalu awal dan sukar untuk diterima.

Namun, bagi peminat setia aktor itu, ia tidak bermakna Walker pergi selama-lamaya kerana Walker masih hidup dalam setiap watak melalui filem-filem lakonannya.

Walker

Terbaru, bintang ‘Fast & Furious’ itu akan muncul denga filem terakhir yang dilakonkan sepenuhnya sebelum dia terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.

Filem yang diberi nama ‘Brick Mansions’ ini turut menampilkan menampilkan aksi-aksi stunt Walker yang sememangnya menarik dan penuh gaya serta turut dibintangi oleh David Belle dan RZA.

Dalam filem ini, Walker memegang watak Damien Collier yang merupakan seorang pegawai yang menyamar dalam satu kumpulan yang ingin meletupkan bom.

walkerAntara salah satu adegan Walker dalam filem Brick Mansions

walker

Berlatar-belakangkan bandar fiksyen Brick Mansions, filem ini memaparkan pelbagai adegan aksi menarik termasuk adegan kejar-mengejar menggunakan kereta.

Seperti kita sedia maklum, Walker sememangnya terkenal dengan aksi lumba kereta menerusi filem lakonanya ‘Fast & Furious’ dan dalam trailer filem ini, peminat dapat melihat Walker sangat teruja memandu sebuah Ford Mustang dalam satu adegan kejar mengejar.

walker

Namun, apa yang menjadi persoalan, selepas pemergian Paul walker, adakah filem tersebut akan tetap menjadi hit seperti filem lakonannya sebelum ini? Sama-samalah kita nantikan filem yang bakal menemui penonton 25 April nanti.

Selain filem ini, Walker juga pernah membintangi pelbagai filem-filem aksi seperti The Hours, Takers, Vehicle 19 dan banyak lagi.

Peminat yang merindui lakonan hebat Walker, jom lihat dulu trailer filem terakhir lakonan Walker ini.

SKIP THIS AD ×