berita

Makan Laksa Penang Pakai Straw? Macam ‘Baek’ Je Tapi Tak Tersedak Ke?

March 8th, 2016 | by Epul
MyResipi

Screen Shot 2016-03-08 at 11.09.17 AM

Bidang perniagaan semakin menjadi pilihan generasi Y masa kini. Ada yang jual secara atas talian dan ada yang memilih untuk membuka premis bagi mencari peluang perniagaan. Kalau korang teliti betul-betul sekarang ni ramai juga yang dah mula nak transform benda yang lama kepada sesuatu yang baru. Inovasi la katanya, kalau dulu minum dalam bekas kecil sekarang nah kau dah macam satu jag je korang minum.

Inovasi ni bukan saja tertumpu pada pasaran minuman sebaliknya turut merangkumi pasaran makanan. Contohnya kakak kita yang sorang ni, mula mengimbau kenangan dulu-dulu tapi telah diinovasikan sedikit cara persembahannya. Meh tengok apa yang kakak ni jual, ramai yang cakap kalau salah cara boleh terbeliak biji mata.

Itu dia Mee Sedut mai dah!

Screen Shot 2016-03-08 at 11.09.17 AM

Big Cup pun ada!

Screen Shot 2016-03-08 at 11.09.03 AM

Konsep kedai tepi jalan yang simple

Screen Shot 2016-03-08 at 11.09.28 AM

Rupanya mee sedut dah ada sejak dulu lagi, tapi ni dah diinovasikanScreen Shot 2016-03-08 at 11.10.50 AM

Screen Shot 2016-03-08 at 11.11.53 AM

Screen Shot 2016-03-08 at 11.12.37 AM

Bukan sahaja menjual mee sedut semata, kalau korang nak minum air big cup pun ada juga. Tapi kalau tak boleh nak habiskan sorang-sorang boleh la bawa keluarga tak pun kawan-kawan makan sama-sama.

Kalau korang lalu atau ada plan nak pergi ke Kupang Baling, boleh singgah dekat Simpang 3 Jerai untuk rasa sendiri macam mana rasa mee kalau teknik makannya secara sedutan.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×