berita

Melampau, Biadap & Bangsat! – Zizan Nin ‘Sound’ Peserta Bersih 4 Pijak Foto Najib

September 2nd, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohhhh

Hujung minggu lalu telah berlangsungnya perhimpunan Bersih 4 di bandaraya Kuala Lumpur. Rentetan daripada perhimpunan itu, pelbagai momen menarik berjaya dirakam lensa kamera.

Tak kurang juga tindakan kurang bijak oleh beberapa orang peserta Bersih 4 yang memijak foto dua orang pemimpin terkemuka tanah air. Kelakuan tidak bertamadun ini jelas mengundang rasa kecewa netizen.

Mungkin dek kerana tak sanggup melihat kelakuan peserta itu, pelakon Zizan Nin meluahkan rasa geram di Twitter. Memang patut pun dia ‘sound’ kan.

Jangan jadi biadap!

Menerusi status Zizan Nin itu di Twitter, dirinya nyata geram dan kecewa dengan sikap segelintir peserta Bersih 4 yang bertindak keterlaluan memijak foto pemimpin Malaysia.

Screen Shot 2015-09-01 at 11.03.07 PM

Tambahnya tindakan itu sungguh biadap. Bayangkan foto yang dipijak itu ialah foto ibu bapa kita sendiri, mesti panas je kan?

“Nilai taraf diri sendiri dulu”

najib

Tweet Zizan Nin itu bagaimanapun menerima respon negatif daripada seorang netizen yang bermati-matian mempertahankan tindakan biadap peserta Bersih demikian.

Maka bermula lah ‘perang’ antara Zizan Nin dan lelaki terbabit. Memang tak bagi muka.

Screen Shot 2015-09-01 at 11.06.58 PM Screen Shot 2015-09-01 at 11.07.09 PM

Nak berarak, nak tidur di kawasan perhimpunan tersebut 7 hari 6 malam pun tak apa janji saling hormat menghormati sesama manusia. Tak gitu?

Sumber : Zizan Nin

SKIP THIS AD ×