berita

Melodi: Kenapa Ogy Ahmad Daud?

May 7th, 2012 | by Ell | 45 comments
Isu & Kontroversi

Melodi: Kenapa Ogy Ahmad Daud?Inilah persoalan yang sedang bermain bukan setakat di OHBULAN! HQ, tapi turut menjadi tanda tanya para penonton rancangan yang sudah tidak asing lagi dalam dunia gosip, Melodi.

Awal bulan lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan dakwaan bahawa Dira Abu Zahar terlibat dalam pergaduhan di sebuah pub di Kuala Lumpur. Insiden ini menyebabkan pelakon dan juga pengacara Melodi itu terpaksa dihentikan sementara perkhidmatannya bersama Melodi sehingga isunya selesai.

Berita hari ini pula, mStar Online telah mengeluarkan artikel bertajuk Dira Tidak Beri Impak Sebagai Pengacara Melodi dan menyatakan kehadiran Dira dalam Melodi kurang memberikan impak kepada penonton.

“Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, kewujudannya tidak menunjukkan perbezaannya.” – Azman Abd Ghafar, penerbit Melodi

OHBULAN! bersetuju. Tapi kenapa Ogy Ahmad Daud yang dipilih sebagai penganti? Relevan lagikah Ogy Ahmad Daud sebagai pengacara Melodi? Kenapa bukan wartawan Melodi seperti Zuan yang diambil saja? Siapa yang tahu, kan?

Apa yang paling penting, masih bolehkah Ogy menerima kritikan daripada peminat sedangkan sebelum ini apabila dia diusik oleh Johan, Ogy sudah melatah satu dunia. Anda rasa?

Info terbaru yang kami terima, pihak Melodi telah memutuskan untuk menggunakan khidmat pengantin baru yang juga seorang pengacara TV, Awal Ashaari. Awal akan digandingkan bersama Zizan bermula 20 Mei dan jangan lupa saksikan mereka dalam rancangan Melodi, setiap hari Ahad pada jam 12.30 tengah hari di TV3.

Anda rasa, siapa yang layak menjadi pengacara Melodi?

View Results

Melodi: Kenapa Ogy Ahmad Daud? Loading ...

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

45 Comments

  1. mengantukkk says:

    Biarkan jela sape pun yg nak jd pengacara..yg korang sakit hati 2 knp? at least Kak Ogy kita ni dh ada pengalaman..hbs xkan korang plk yg nk d panggil???

    (0)
  2. susue.com says:

    aper slhnyer kalo ganti sekejap jek kan…he he

    (0)
  3. gila oreo says:

    JOhan xmo kea…

    (0)
    • Pondan Sepi says:

      ala sebenarnya penerbit Melodi tu propa je lebih! bukan sebab host, rating menurun (walaupun aku x suka Dira), tp rancangan Melodi tu sendiri yg dh x relevan lg skarang. Asyik duk gosip sana sini je. org Malaysia skrg dh x suka program2 gosip2 ni! Bg aku lah Galaksi TV9 lg best dr Melodi.

      (0)
      • org jahil says:

        betul3x..suka terjah org…da la tu selalu tanya soalan2 yg sgt sensitiv..mengaibkan org je….

        (0)
  4. ejam says:

    nasib baik zizan tak dtg ahad lepas, kalau tak kompom dia pun kena saman gak nnt…haha *gegurau jer ni jgn nak saman aku plak*

    (0)
  5. d0d0ld0tc0m says:

    JoZan ;)

    (0)
  6. shady says:

    apa pun.. aku suka Kiah Propa @Galaksi.. HAHAHAHAHA..

    (0)
  7. tempe says:

    kak ogy asal benda nak citer dia pon taruh dulu dia mcm gini gini.. semua menda pon dia lah, kalu hal lakon dia sound dulu akak berlakon gini gini.. self advert nampak naik meluat! pastu tangan asyik nak tepuk2 kat microphone lak tu bingit dan ribut. over pon dah tak sesuai kak non oiii

    (0)
  8. D says:

    zaman ogy da berlalu….
    hehehehehe

    dan dira??.. hahahah die takde lagi bagus.. klu die ade buat semak je aku tgk..
    da la tak spontan langsung.. tak menarik langsung ar die jadi pengacara..

    klu Awal ngn Zizan pun ok jer..
    klu masuk Johan pun ok jugak..! :)

    (0)
  9. Ayamsagoon says:

    Best kalau Jozan yang mengacara Melodi

    (0)
  10. kucing says:

    eeiii xminat la johan tu,,mulut mai ckp lepas jer kurang ajor cer tgok lam super spontan mcm la baguiiih sgt….plezzzzzzzzzzz

    (0)
  11. kecoh siak says:

    jozan? heuh. cukup2 la. aku naik muak kalau bkk tv je jozan. zizan & awal pun dah sangat cukup bagus. dira, goodbye!

    (0)
  12. sukasuke says:

    ek eleh..ni pun nk jadi persoalan..

    (0)
  13. Muz says:

    Ini tetap ke? Bukan sementara je ke? Zizan okay , Awal lagilah okay. Kak Ogy pun okay jugak, pengalaman luas.

    (0)
  14. fhgsd says:

    kenapa sampai nak pakai org lama..nampak macam ketandusan pengacara sgt2 ke malaysia ni? hak alapelik aku..nampak mcm desperado sgt..berani la sikit push pengacara generasi baru..ramai lagi kat luar tu yg blh..yg pastinya dira mmg takyah lagi lah.cari yg ada karektor baru best…lagipon apalah yg kecoh sgt pasal melodi ni..macam lah best sgt..lagi ngam propaganza dgn galaksi

    (0)
  15. Melodi VS Propaganza says:

    Alah, Kak Ogy kan pengacara jemputan menggantikan Awal yg baru berkahwin…lepas Awal kembali dari honeymoon, baru Awal and Zizan kembali mengacara….X salah pun Kak Ogy jd pengacara…kita nk tgk isu-isu dlm Melodi….drp pengacara Propaganza (program copy and paste sgt dr Melodi)…nak2 plak tgk gedik si Marsha yg over sgt….chooiiiii…..buat2 biase sudehhhhh…..

    (0)
  16. boboy says:

    Try gandingan Jozan atau Zizan & Sarimah ( she’s quite good&gila2 skit)…juz a suggestion.

    (0)
  17. Pondan Sepi says:

    ala sebenarnya penerbit Melodi tu propa je lebih! bukan sebab host, rating menurun (walaupun aku x suka Dira), tp rancangan Melodi tu sendiri yg dh x relevan lg skarang. Asyik duk gosip sana sini je. org Malaysia skrg dh x suka program2 gosip2 ni! Bg aku lah Galaksi TV9 lg best dr Melodi.

    (0)
  18. bagusla kalau ko tak kesah says:

    ogy dh tak relevan utk zaman skang ni. tambah lg, makcik tu cepat sentap. sikit2 nak saman, sikit2 nak saman. dia tu kan perasan bagus, org cuit sikit dah terasa. biasala kalu org dh biasa dgn pujian, pantang diusik mmgla mendidih. kalau dilayan pe’el makcik tu, xde ler koje la kome. asik naik turun court je. wahid dulu pun dah ok. kalau wahid ngan zizan tak sesuai ke? tak pun zizan ngan kiah propa. cer tgk camna chemistry dorang.

    (0)
  19. tukul says:

    tgk ogy jd hos melodi mcm tgk nenek dlm rancangan kanak2. sguh ouuttt!

    (0)
  20. nana (@nanacomei) says:

    cukup cukuplah program fitnah kt tv tu. suruhlah artis2 tua ni balik beramal. malu anak cucu aku tgk macik gedik

    (0)
  21. Anak Pahang says:

    bagi pendapat aku GALAKSI lagi best dr Melodi….

    (0)
  22. punboleh says:

    Ogy mungkin sudah berpengalaman. Tetapi gabungan Ogy dan Zizan mungkin tidak nampak sepadan kerana akan ada jurang generasi. Lagi satu isu sekarang agak berbeza dengan isu dulu. Mungkin akan memberi kesan terhadap cara penyampaian Ogy dan secara x langsung memberi kesan kepada penerimaan penonton. Dira mungkin tidak memberi impak yg banyak tapi gabungan dia dan Zizan ok juga. Mgkn disebabkan tiada jurang generasi di situ. Kalau Zizan digabungkan dgn orang segenerasi dgn dia ok kut. Tapi x tau lah… ni pendapat saya sahaja.

    (0)
  23. Oren says:

    Dira memang x best jd pengacara, sebbek ada zizan cover kelemahan…kalo dira sorang mmg aku x tgk MELODI kot. Awal Ashaari mmg kurang kalo berlakon tp pengacaraan dia best klako gile…tambah ngan Zizan mmg mnjadi…aku suka sbb da prnah tgk dorg mengacara b’sama…TERBAIK. aku rasa ramai setuju kot

    (0)
  24. ibu ngan anak says:

    cuba try bagi awal dgn sarimah..rasa mcm gempak gak…klu k.ogy mcm tak sesuai lah era skrangg….TV3 plsss

    (0)
  25. taw xper says:

    apala OhBulan niy…kak Ogy nak saman Johan sebab Johan permainkan kalimah Allah ngan permainkan ibubapa dia yang dah meninggal dunia…ofkos la kak Ogy marah…ngko klw orang permain2kan nama mak bapak ko yang dah lama meninggal dunia, xkan nak bertepuk tangan kot…or senyum berjela..kena fahamla situasi kalau iyer pun..1 Malaysia dok tengok kot…

    (0)
    • tidak senonoh says:

      Aku tgk bnyk kali acara tu, kat mana yg johan mempermainkan??????????????????????

      (0)
  26. mama says:

    Ogy diambil sbg ganti sementara sahaja….Ok apa…buat hilangkan kerinduan peminat2 dia….

    (0)
  27. aku says:

    amek je ziana zain dengan siti nurhaliza… kompen ranting melonjak2 :-) ops…. haha

    (0)
  28. tipah says:

    dia ni dah tue sensitif nye lebih tersinggung sikit asik nak saman zizan aje wat pe cari la org yg blh naikkan rating tp klu dia celupar mcm dlm af tu tak pe plak…..susah jaga hati orang tue ni..fikir2 kan

    (0)
  29. sally77 says:

    ogy tak sesueyyy k. Syok sendiri n nampak trying 2 hard. Perluke terkinja2 camtuh

    (0)
  30. nina says:

    i suka akak ogy.. lagi best.. betul pun dira tu tak ada fungsi.. slalunya pun zizan je yg ada idea… akak ogy lagi best.. dia melatah maybe ada sebab.. hormat mesti ada… tapi baru ni akak ogy mengacara melodi mmg best dr zizan. dira mmg tak boleh ganding la… tak pun sharifah shahira ke.. pun best…

    (0)
    • dolphin says:

      Ogy/Sarimah ok pe….but not dira/sharifah shahirah…. Sh.Shahirah tu slalu blurrr….kkdg mcm x buat homework sblm on air, nk interview org (cth: msa maher zain dtg set TV9, NLKO, 2nd time). ada ke dia ckp..ooo..siapa dia ni, tak knal & tak pnah dngar lagu dia! Dan kkdg buat lawak mcm x kena jek. Walaupon pengacara/pelawak/pelakon..mesti slalu membaca-suratkaba, buku..jd minda tu uptodate sket. Pe pon…Galaksi, TV9 tetap terbaikk!

      (0)
  31. azanie says:

    jgn la zizan & kak ogy..kkdg tlepas cakap..dah zizan kena saman plk..
    biar la zizan ngan awal..muda ngan muda..baru 1 kepala…

    (0)
  32. mash says:

    xyah la ogy. menyampah je. dlu2 masa baru insaf n balik mekah dia sendiri yg tarik diri dari melodi..kengkonon insaf sgt la da xmo bergosip2 bagai.. kalo jd pengacara melodi balik maknanya serupa dia jilat ludah sendiri. gi la mengacara benda lain kak ogy oiii~

    (0)
  33. YATI says:

    salam…
    minggu lepas tengok zizan n sarimah cam okay jer…

    (0)