Melutut Supaya Mata Tidak Buta - Muka Buruk Disimbah Asid Oleh Bekas Teman Lelaki Gara-Gara Cemburu - OHBULAN!

berita

Melutut Supaya Mata Tidak Buta – Muka Buruk Disimbah Asid Oleh Bekas Teman Lelaki Gara-Gara Cemburu

April 21st, 2017 | by Arini Saleh | 5 comments
78.9K
reads
9.4K
shares
Kini Trending

ohbulan_ratucantik

Semakin hari semakin banyak kes-kes jenayah yang berlaku di sekeliling sehingga menyebabkan ramai yang berasa tidak selamat berada di luar. Perasaan cemburu dan iri hati juga boleh menjadi penyebab utama kepada jenayah.

Finalis pertandingan Miss Italy 2007 ini merupakan salah seorang mangsa kekejaman akibat cemburu sehingga disimbah asid oleh bekas teman lelakinya. Daripada seorang ratu cantik, wanita ini akhirnya kehilangan wajah. Kesiannya:(

Bekas kekasih terlalu cemburu

Screen Shot 2017-04-21 at 2.56.23 PM

Setelah sekian lama memencilkan diri, bekas Finalis Miss Italy 2007, Gessica Notaro tampil buat kali pertama di televisyen menerusi satu program televisyen iaitu Canale 5’s Maurizio Costanzo.

Sejak berpisah pada Ogos 2016, bekas kekasihnya Tavares dikatakan cemburu dan sering mengikutinya. Malah, Tavares bertindak lebih agresif dengan menyimbah asid ke mukanya kerana tidak berpuas hati.

Saya melutut & berdoa supaya mata saya tidak buta

Screen Shot 2017-04-21 at 3.18.26 PM

Screen Shot 2017-04-21 at 3.19.48 PM

“Sewaktu dia mencurahkan asid ke muka saya, saya melutut dan berdoa supaya mata saya tidak buta.

Saya juga telah dikurung selama dua bulan di dalam hospital dan hanya boleh bercakap dengan ibu saya menerusi tingkap cermin”

Turut berkongsi tentang kejadian malang yang menimpa dirinya itu, Gessica berkata dia masih dalam keadaan trauma sehingga takut nak keluar rumah. Kini, beliau dalam proses menjalani pemulihan wajah dan terpaksa membelanjakan keseluruhan wang simpanannya.

Setelah kejadian itu, kehidupan Gessica kini berubah seratus peratus kerana dia tidak lagi boleh melakukan segala aktiviti yang dilakukan sebelum ini termasuk pekerjaannya.

sumber : Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Comments

  1. Moda says:

    Cantik itu satu sumpahan kata setengah org krn mudah membawa bencana/fitnah.

  2. Aduhai, bila gagal kawal emosi ini lah jadinya. Cinta manusia hanya sementara dan sentiasa dikaburi nafsu semata.