berita

“Memberku Hawa”, Satu Lagi Siri Drama Yang Dibintangi Faezah Elai!

April 30th, 2012 | by Ell | 10 comments

KOTEX® salah satu daripada jenama produk feminin paling terkemuka di dunia kini berusaha menghubungi golongan wanita muda sekali lagi melalui satu siri drama menarik lagi menyentuh perasaan berjudul ‘Memberku Hawa’ yang akan ke udara melalui saluran TV3 setiap Ahad dari jam 10.30pm hingga 11.00pm.

Membariskan barisan pelakon terkenal, Faezah Elai dan Nad Zainal akan melakonkan peranan watak utama Kay dan Hawa dalam siri drama KOTEX®. Drama mingguan yang dinanti-nantikan ini diarahkan oleh Bernard Chauly yang sememangnya terkenal dan berbakat dan diterbitkan oleh Lina Tan daripada Red Communications Sdn Bhd.

Berlandaskan pencapaian lampau dalam menghasilkan produk baru dan menerapkan pelbagai platform yang membolehkan kaum wanita mengenali diri mereka sendiri dengan lebih intim, KOTEX® kini bertujuan menghubungi lebih ramai kaum wanita melalui ‘Memberku Hawa’. Selepas baru melancarkan satu produk revolusioner, tuala wanita KOTEX® ProActive Guards yang membantu menyelesaikan masalah kebocoran, KOTEX® kini meneruskan usahanya untuk memperkasa kaum wanita setiap hari.

“Kami sentiasa ingin menggalakkan kaum wanita untuk mengekalkan identiti sendiri dan mengenali diri sebenar mereka. Perjalanan Kay dan Hawa pastinya satu perjalanan yang bukan sahaja dihayati semua malah turut memberi inspirasi kepada jutaan penonton,” tambah Edlyn.

“Memberku Hawa mengisahkan HAWA (Faezah Elai), seorang yang mempunyai sifat feminin yang kental. Dia berjuang untuk mendapat peluang bekerja sebagai seorang jurutera rangkaian di dalam dunia IT yang didominasi oleh pekerja-pekerja lelaki. KAY (Nad Zainal) adalah seorang wanita yang berjiwa riang. Dia secara tidak sengaja tersandung ke dalam dunia peragaan fesyen selepas mendapat kerja sebagai seorang pengurus model.

Sebagai kawan baik, mereka cuba mengimbangi cabaran hidup seseorang wanita yang baru bekerja, disamping menikmati bersama pengalaman hidup rakan akrab yang tinggal bersama. Sertailah kedua-dua wanita ini menempuh aliran hidup dalam Memberku Hawa dan hayati perjalanan mereka kearah meningkatkan keyakinan diri dan menyahkan sikap suka berkompromi yang akan membawa penuh makna kepada keperibadian mereka sendiri.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

10 Comments

  1. PondanSepi says:

    x best! X suka cara Faezah pakai tudung dlm cite ni! siap nampak leher & telinga!

    (0)
  2. forever21 says:

    biarlah pakai tudung camni, lebih baik dari yang dedah semua. tak suker orang yg pakai tudung macam orang ulu maner…

    (0)
    • unknown_smile says:

      Nauzubillah. x kisah la pakai tudung dr ulu mana pun, asalkan tutup semua aurat. kalau pakai bukak2 buat apa. esok malaikat dalam kubur tny kenapa pakai bukak2, nk jawab sbb urban ka? nauzubillah. mudah2an Allah bg hidayah. ameen

      (0)
  3. ida79 says:

    aku suka faezah elai!! bawak laa watak apa pom, memang best,menjadik!!

    (0)
  4. KAU TAHU BINI AKU TENGAH MENGANDUNG, KAN??? says:

    bagus. faezah elai juga boleh bawa watak wartawan Melodi ittew

    (0)
  5. cerita dia best. part lawak pun bagus je. :)

    (0)
  6. Cik Ta says:

    Ei i don’t like her. Such a kampong girl with rough attitude. Kasar. Interviewed by Faizal Ismail @tv pun, mcm kasar jawab soalan etc.

    (0)