berita

Menaja Rozita Che Wan Bersalin Adalah Satu Pelaburan

October 19th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Rozita Che Wan

Wah. Kami pun tak sangka yang kes penajaan kos bersalin Rozita Che Wan akan menjadi sepanas ini. Mana taknya, pelbagai persatuan turut mengikut rapat isu tajaan penuh berserta layanan kelas pertama bernilai RM10,000 yang akan diperolehi oleh Rozita Che Wan daripada Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Contohnya, NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebelum ini membangkitkan dakwaan bahawa tajaan tersebut sepatutnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Namun, kenyataan tersebut diselar oleh sebuah blog Pro-Umno yang menganggap bahawa tajaan tersebut bakal membawa pulangan bernilai ratusan ribu.

Rozita Che Wan

Berikut merupakan intipati dalam blog Mykmu.net yang dipetik oleh Malaysiakini.

“Menaja Rozita atau Che Ta bersalin merupakan satu pelaburan bernilai RM 10 ribu tapi membawa nilai pulangan periklanan bernilai ratusan ribu.

Che Ta merupakan artis yang punya ramai peminat dan pasti menghiasi muka-muka depan akhbar tempatan (kerana ia boleh dijual) dan lembaran muka hiburan selama berhari-hari.

Che Ta merupakan wanita melebih umur 40 tahun. Wanita pada usia sebegini sebenarnya sangat tinggi risiko ketika bersalin. Insya-Allah bila beliau bersalin dengan selamat, ia akan memberi penarafan yang baik kepada kepakaran KPJ.

“Hospital KPJ ialah cabang perniagaan yang kosnya berharga ratusan juta ringgit setiap bulan bukannya hospital kebajikan macam hospital kerajaan. Namun KPJ juga membayar cukai dan zakat bernilai puluhan juta yang kemudiannya digunakan kerajaan untuk membantu orang miskin dan kurang mampu.”

Selain itu, penulis yang menggunakan nama AJAB itu juga mendakwa bahawa KPJ Healthcare menjadi sasaran kritikan kerana kakitangan hospital itu banyak terdiri daripada golongan Melayu.

Sumber foto : Instagram Rozita Che Wan

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×