berita

Menara Eiffel & Anak – Krisdayanti Cerita Kisah Hidupnya Dalam MV Bertubi-Tubi

April 16th, 2014 | by Ai
Video Popular

Bertubi-tubi

Masih ingat dengan pelantun lagu ‘Menghitung Hari’ dan ‘Mencintaimu’? Kini penyanyi tersohor dari Indonesia, Krisdayanti kembali lagi dengan album terbaru yang berjudul ‘Persembahan Ratu Cinta‘.

Setelah empat tahun berehat dari industri seni, penyanyi yang lebih mesra disapa KD ini tampil dengan album dan single yang bisa menyentuh perasaan siapa sahaja yang mendengarnya.

Single berjudul ‘Bertubi-tubi‘ telah digarap menjadi sebuah muzik ballad yang mana secara keseluruhannya menceritakan tentang perjalanan hidup KD dari awal bergelar anak seni hingga kini.

Bertubi-tubi

Menggunakan khidmat komposer terkenal merangkap teman baiknya, Melly Goeslaw, lagu ini bakal mengubat kerinduan peminat.

Menerusi MV yang berdurasi 4:49 saat tersebut, ia jelas menggambarkan kehidupan baru wanita ini yang kini lebih baik setelah melalui pelbagai episod duka.

Berlatar belakangkan Eiffel Tower, peminat pasti teruja melihat wajah dua kanak-kanak comel yang merupakan anak KD dan suaminya, Raul Lemos selain turut menyelitkan koleksi foto dua lagi anaknya ketika bersama dengan bekas suami.

Bertubi-tubi

Bertubi-tubi

Malah, melalui MV ini juga terpancar nilai kekeluargaan yang amat erat dan jelas terpancar kegembiraan dihati wanita ini apabila dikelilingi anak-anaknya.

Tersentuh kami apabila mendengar bait-bait lirik lagu ini yang menyentuh perasaan kerana ia menggambarkan betapa dalamnya perasaan cinta KD terhadap suami dan anak-anaknya.

Apapun, setiap manusi pasti akan ada episod duka dan gembira. Itulah kehidupan namanya. Kami doakan supaya KD sentiasa sukses dalam karier dan kehidupan. Kepada pembaca setia OHBULAN! nah kami sediakan MV terbaru KD khas buat tatapan anda. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×