berita

Menjelang Konsert Di KL, Judika Mahu Amy Search Jadi Teman Duet & Berkongsi Pentas

April 7th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-04-07 at 12.08.28 PM

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa penyanyi terkenal Indonesia, Judika akan ke Malaysia pada 12 April 2014 demi menjayakan Konsert Judika Mencari Cinta di KL Live.

Sejak berita tersebut diumumkan, satu persatu kejutan dibuat pihak penganjur iaitu UCS Clockwork semata-mata mahu mencipta kelainan sekaligus memberi peminat yang hadir pengalaman yang sukar dilupakan.

Terdahulu sekitar dua minggu lepas, peminat diberitahu tentang peluang keemasan untuk dilantik menjadi pembantu peribadi (PA) kepada Judika menerusi peraduan yang dianjurkan.

Judika Poster

Seorang peminat lelaki dan wanita yang bertuah akan diberi tugasan membantu Judika sebaik penyanyi itu tiba di Kuala Lumpur sehinggalah saat konsert berlangsung.

Bukan itu sahaja, menerusi sidang media yang diadakan pada Jumaat lepas juga penganjur mengumumkan legenda Rock tanah air, Amy Search bakal berkongsi pentas dengan Judika atas permintaan penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Tersakiti itu sendiri.

PC AMY-5

Menurut pengarah UCS Clockwork, Iman Tang, Judika sangat mengagumi Amy dan berhasrat untuk menyanyikan lagu duet bersama-sama sewaktu konsert berkenaan.

Amy sendiri berbesar hati, bukanlah sebarangan nak pilih tapi kami rasa Judika merupakan salah seorang penyanyi yang mempunyai vokal tinggi, lagu dia sedap, dan tak banyak terlibat dengan gosip bukan-bukan. Jadi kami rasa, Amy tak ada masalah untuk bekerjasama.

Difahamkan, Amy akan menyanyikan tiga buah lagu pada malam tersebut termasuk dua lagu yang akan menyaksikannya berduet dengan Judika.

PC AMY-12

Manakala, Judika pula akan mempersembahkan 20 buah lagu popularnya termasuk Bukan Rayuan Gombal, Aku Yang Tersakiti, dan Setengah Mati Merindu.

Tiket konsert ini boleh didapati dengan harga RM98 dan RM168 untuk VIP menerusi Ticketpro Malaysia atau hubungi 03-78807999 / 017-3555134.

 

SKIP THIS AD ×