berita

Menurut Wanita Ini kita Semua Berdosa Kerana Share Foto Makanan Di Laman Sosial Haram

September 2nd, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

pizap.com14411656724941

Zaman sekarang ini dah jadi kebiasaan, buat apa, pergi ke mana dan makan apa mesti dikongsi di laman sosial. Tak kisah la di Facebook, Instagram, Twitter atau platform media yang lain.

Siapa dekat sini tak pernah muat naik foto makanan di laman sosial? Rasanya hampir semua pernah buat kan.

Mungkin kerana terlalu rimas dengan lambakan foto makanan yang dimuat naik ke laman sosial oleh rakyat Malaysia, wanita ini tampil berani mengatakan ianya haram. Laa kenapa sampai macam tu?

Hantar gambar makanan berdosa?

Screen Shot 2015-09-02 at 11.49.21 AM

Wanita ini pada awalnya dikatakan berkongsi pandangannya berhubung isu ini di sebuah group masakan. Post itu bagaimanapun tidak disenangi oleh kebanyakan ahli group yang lain memandangkan mereka sering berkongsi foto dan resepi.

Iyalah cakap je nak masak apa, semua ada di group berkenaan. Ahli group tersebut juga berfikiran terbuka dalam berkongsi resepi dan sebagainya.

Lepas ni tak boleh kongsi lagilah…

Screen Shot 2015-09-02 at 11.55.28 AM

Status wanita ini turut mendapat perhatian seorang blogger masakan yang dikenali ramai. Katanya lepas ini tak boleh lagi lah dia berkongsi resepi dan foto makanan di blog. Hihi.

Ahli group lain bergurau senda…

Screen Shot 2015-09-02 at 12.06.01 PM

Mungkin sekadar mahu ‘bergurau senda’, ahli group yang lain memuat naik foto makanan mereka dengan status yang agak sinis.

Tidak dapat dipastikan apa rentetan daripada kes ini namun semuanya telah kembali kepada normal. Apa pandangan korang yang pernah share gambar makanan di laman sosial?

Screen Shot 2015-09-02 at 12.14.01 PM

Sumber : Azlita Aziz, MAHN

SKIP THIS AD ×