berita

Mewah & Classy – Pengalaman Menarik Lelaki Ini Naik First & Business Class Qatar Airways Buat Kami Teruja

November 9th, 2016 | by Arini Saleh
Travelogue

header

Memang betul kata lelaki ini, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu. Mana taknya walaupun masih bergelar pelajar, dia mampu menaiki penerbangan First Class & Business Class Qatar Airways dari Kuala Lumpur – Doha – Cairo.

Fuhh memang syok dan teruja tengok! Yang penting sangat mewah dan selesa. Lepas ni bolehlah menabung kalau nak merasa pengalaman seperti yang dikongsi ini. Hehe

Tak perlu beratur untuk check in & boleh makan sepuasnya di Lounge

qw

Plaza Premium di KLIA

PENGALAMAN DAN KELEBIHAN MENAIKI PENERBANGAN FIRST CLASS & BUSINESS CLASS QATAR AIRWAYS

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu”. Siapa sangka, sebelum ini saya hanya simpan angan-angan untuk menaiki penerbangan kelas premium. Walaupun masih bergelar pelajar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap, namun tiada yang mustahil dalam hidup jika kita berusaha untuk mencapainya. Rezeki Allah dah tetapkan, simpan cita-cita serta usaha yang selayaknya untuk menggapai impian kita.

Okay untuk post kali ini, saya ingin kongsikan pengalaman menaiki First & Business Class dari Kuala Lumpur-Doha-Cairo serta beberapa tips tambahan.

1. CHECK IN
Sebelum penerbangan lagi, dah dapat merasa kelebihan menaiki penerbangan kelas premium. Okay untuk kelas premium akan ada kaunter khas untuk daftar masuk. Untuk penerbangan kali ini, anggaran kasar hanya 30 kerusi kelas premium, jadi memang tak payah nak beratur panjang untuk check in, dalam setengah jam dah siap. Berbanding kelas ekonomi, masa untuk daftar masuk sahaja dah mengambil masa hampir sekitar 2 jam.

TIPS 1: Anda boleh mendaftar masuk di kaunter Business Class walaupun menaiki kelas ekonomi dengan syarat anda memiliki kad loyalti penerbangan tersebut, sekurang-kurangnya kad anda berstatus Silver.

2. LOUNGE
Okay dah siap check in, sekarang ada masa sekitar 2 jam lagi sebelum penerbangan. Jadi untuk mengisi waktu ini, anda bolehlah menunggu di dalam lounge Plaza Premium. Walaupun tak semewah dan secantik KLIA Golden Lounge, tapi bolehlah untuk rehatkan badan sambil makan makanan yang ada di dalam lounge tersebut. Untuk yang tidak mengetahui, anda boleh makan dan minum secara percuma di dalam lounge tersebut, jadi jangan ragu ragu dan makanlah sepuas-puasnya.

TIPS 2: Bagi yang ingin memasuki lounge Plaza Premium tanpa menaiki penerbangan kelas premium, anda juga boleh memasuki lounge tersebut dengan bayaran RM150 ++ untuk 2 jam.

Makan percuma sewaktu perjalanan & amenity kit Giorgio Armani

erty

Sentuhan yang simple tapi terus memberikan gambaran yang premium

3. WAKTU PENERBANGAN
Jadi inilah waktu yang ditunggu tunggu, waktu untuk terbang. Yang pasti penerbangan kali ini bukanlah seperti penerbangan biasa, tetapi penuh keselesaan dan kebahagiaan, haha. Layanan adalah berbeza mengikut syarikat penerbangan. Apa yang menarik mengenai Qatar Airways, kita boleh memesan apa jua makanan di dalam menu pada bila bila masa. Jadi kalau rasa nak makan, order je, tiada waktu yang tetap untuk makan seperti kelas ekonomi.

Sewaktu ‘boarding time’ pramugari akan memberikan minuman ‘pre-departure drink’ serta mengagihkan Amenity Kit berjenama Giorgio Armani dan pijama untuk keselesaan sewaktu penerbangan. Dengan konfigurasi kerusi 2-2-2 ruang tempat duduk amatlah luas serta selesa. Bukan itu sahaja, kerusi juga dapat dilaraskan menjadi ‘flat bed’. Pergh memang syok weh tidur, penerbangan 8-10 jam pun tidak menjadi masalah.

Mungkin yang ini tidak berapa special bagi sesetengah orang, tetapi berbaloi untuk dinyatakan di dalam post ini. Walaupun hanya sekitar 30 kerusi kelas premium, tetapi ada 4 tandas yang disediakan. Kalau nak pergi ke tandas tak perlu nak menunggu lama dan tandas yang sentiasa bersih.

TIPS 3: Beradab semasa berinteraksi dengan pramugari atau pramugara. Anda berkemungkinan besar akan mendapat makanan tambahan atau freebies. Tidak memakai headphones semasa berinteraksi adalah salah satu cara menunjukkan anda menghormati mereka.

Disediakan satu bilik khas semasa transit

2e

Tadaaa bilik persendirian semasa transit

bn

Antara ‘WOWW’ faktor untuk lounge ini

4. TRANSIT
Sejujurnya, saya tak pasti yang mana lagi seronok, sama ada sewaktu penerbangan atau sewaktu transit. Keduanya memberikan pengalaman yang sama sama seronok tetapi cukup berbeza. Untuk penerbangan kali ini sengaja saya memilih transit yang lama iaitu 9 JAM padahal transit 1 jam pon ada. Dah kenapa kan pelik sangat perangai ko ni taqim. Haaa sekarang meh nak bagitau kenapa pilih transit sampai 9 JAM.

Sebagai pemegang tiket First Class, keluar sahaja daripada kapal terbang terus menuju ke First Class Al Safwa Lounge. Sukar untuk digambarkan secara terperinci mengenai lounge ini melalui penulisan, selepas ni anda bolehlah melihat gambar yang disediakan bersama post ini. Lounge ini terletak di tingkat 3 di dalam Hamad International Airport, Doha. Ini menambahkan keunikan lounge itu sendiri kerana untuk ke pintu masuk lounge tersebut, anda perlu menaiki satu eskalator yang panjang bermula dari tingkat 1 ke tingkat 3.

Apa yang menarik mengenai lounge ini, anda diberikan satu bilik khas jika transit melebihi 6 jam, ya saya ulang satu bilik khas, dah macam hotel dah kan? Bukan setakat dapat berehat, nak mandi dan tidur pon boleh semasa transit. Bayangkan sebesar-besar lounge tersebut, mungkin kurang daripada 100 orang penumpang yang tengah transit dalam tu. Secara psikologi anda akan berasa macam orang penting. Untuk makluman, Yang di-Pertuan Agong dan juga Tun Dr Mahathir serta isterinya pernah ke lounge ini. 9 jam berlalu, sekarang tiba masanya untuk ke destinasi seterusnya, iaitu, Kaherah, Mesir.

IPS 4: Kalau anda pemegang tiket First Class, Anda boleh memasuki mana mana lounge yang lain seperti Al Mourjan Lounge (Business Class).

Dah itu sahaja untuk kali ini. Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan terima kasih kepada Mohd Hisham Rosslan dan Syazana Jasman sebagai peneman sepanjang trip kali ini. Kalau ada rezeki ingin saya berkongsi mengenai pengalaman menaiki kelas ekonomi tetapi yang syoknya dapat masuk lounge dan dijemput sebaik sahaja keluar daripada kapal terbang.

sumber:Ahmad Mustaqim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×