berita

#MH370 : Majoriti Selar Penglibatan Bomoh, Artis Sendu Pula Perlekeh Pasukan Penyelamat

March 13th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Bomoh VIP

Di kala seluruh dunia sedang resah memikirkan insiden kehilangan pesawat MH370, ada juga yang dilihat mengambil kesempatan itu untuk cuba mencari Boeing 777 tersebut dengan menggunakan ‘kemahiran’ pelik mereka.

Jika sebelum ini bubu mata pancing dan teropong buluh digunakan dalam usaha pencariannya, semalam Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP itu mengadakan sesi ritual buat kali kedua dengan menggunakan buah kelapa, tikar, air zam zam dan sumpit pula.

Rasa terkilan dan marah dengan method yang digunakan, ramai selebriti dilihat menyelar ritual yang dilakukan oleh bomoh itu dan menyifatkannya sebagai satu kebodohan.

Screen Shot 2014-03-12 at 10.29.06 PM  Screen Shot 2014-03-12 at 10.30.13 PM

Screen Shot 2014-03-12 at 10.46.27 PM

Screen Shot 2014-03-12 at 10.28.14 PM

Namun, disebalik kesepakatan selebriti-selebriti ini mengutuk ritual pelik itu, ada juga artis ‘sendu’ dilihat memperlekahkan usaha pasukan penyelamat yang kini masih bertungkus lumus mencari pesawat yang hilang itu.

OHBULAN! agak terkejut apabila menerima sekeping foto daripada peminat yang mana artis wanita itu secara terang-terangan memuatnaik gambar di laman Instagram peribadinya dengan menggunakan caption yang menghentam usaha pasukan penyelamat.

Screen Shot 2014-03-12 at 10.21.03 PM

Foto yang diperolehi menerusi kiriman peminat

Foto dirinya yang dirakamkan sedang berdiri di sebelah helikopter itu cuba menidakkan kebolehan pasukan penyelamat sehinggakan ada peminat yang menegur caption ‘berani’ pelakon itu.

Apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh pelakon ini? Seharusnya, sebagai seorang selebriti, dia perlulah lebih bersikap sensitif terhadap isu ini dan mendoakan yang terbaik untuk misi mencari tersebut.

Jangan semata-mata kerana caption yang sejengkal itu, nama anda semakin tidak dipedulikan dalam industri hiburan. Al-maklumlah, Malaysia kini sudah terlalu banyak selebriti yang namanya sekadar suam-suam kuku sahaja.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×